Jumaat, 13 November 2009

Menguasai Bahasa Inggeris dengan baik

Salam kasih sayang kepada semua sahabat
Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah S.W.T dapat lagi kita bertemu di blog ini. Sejak dua minggu ini saya amat sibuk dengan tugasan harian yang berkaitan dengan kerja. Alhamdulillah walaupun penat, kepuasan itu mengatasi segalanya. Pada hari rabu yang lepas saya telah menganjurkan sebuah forum di tempat kerja saya. So tibalah masa saya untuk berkongsi satu ilmu yang saya dapat dari forum tersebut iaitu bagaimana cara mudah untuk menguasai bahasa paling susah untuk umat melayu menguasainya iaitu bahasa inggeris^_^

Caranya adalah dengan membeli sebuah buku contoh karangan dalam bahasa inggeris, setelah itu anda menyalin setiap hari satu contoh karangan. Ingat ya, hanya menyalin^_^ teknik ini diamalkan oleh anak seorang pakar saikologi malaysia dan anaknya memang power bahasa inggeris walaupun ayahnya terabur dalam speaking heheh.Teknik ini amat berkesan untuk anak-anak kita yang masih belajar dan yang dah berusia^_^

Selamat beramal dan bermotivasi^_^

1 ulasan:

  1. wah, ini satu teori yang bagus..saya tengah improve english saya.saya nak cuba

    BalasPadam