Isnin, 26 Oktober 2009

Bagaimana membuatkan orang hormat pada kita

Salam motivasi kehidupan

Apa yang saya nukilkan disini adalah hasil pemerhatian saya dalam menjalani hidup sebagai seorang yang makan gaji dan sebagai seorang yang ingin berjuang dijalan Allah S.W.T.

Terdapat banyak perkara yang membuatkan orang respect dekat kita. Akan tetapi saya lebih menekankan dari aspek agama dan motivasi itu sendiri.

Diantara perkara yang perlu diambil berat adalah seperti berikut:-

(1) Tambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T
Kita terlupa bahawa jaminan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa itu melebihi segala yang ada di bumi ini. Segala makhluk akan tunduk kepadanya. Bertaqwalah kepada Allah dengan menambahkan ilmu dan amal ibadah kita. Tetapi kita mesti ingat ketaqwaan yang dikejar itu mestilah ikhlas semata kerana Allah S.W.T.

(2)Kita kena respect orang terlebih dahulu
Bak kata kumpulan scorpion what you give you get back^_^ apa yang kita beri pasti kita akan dapat kembali. Begitu juga sekiranya kita hendak dihormati, mestilah kita yang nulakan dahulu dengan menghormati sahabat-sahabat kita.

(3)Tambah ilmu
Kita kena pastikan segala ilmu yang kita ada sentiasa bertambah, contohnya seperti seorang ustaz perlulah sentiasa peka dengan isu semasa. Cuba selesaikan isu semasa tersebut dengan ilmu yang dia ada. Maka orang sekeliling akan lebih kagum dan hormat kepadanya jika tahu menjawab tentang isu-isu semasa.

Jumpa lagi di tips akan datang^_^

Sabtu, 24 Oktober 2009

Membangunkan gergasi dalam diri anda

Kita telah dicipta oleh Allah S.W.T sebagai sebaik-baik ciptaan. Akan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. ramai yang berfikiran negatif terhadap diri sendiri berbanding dengan bersikap positif terhadap diri sendiri. fikiran negatif ini perlu dibuang jauh-jauh kerana ianya merosakkan kehidupan kita.

Gergasi yang saya maksudkan adalah potensi tertinggi dalam diri kita. Ramai diantara kita tidak tahu apa kelebihan yang ada pada diri mereka. ini adalah satu kelemahan yang perlu kita atasi secepat yang mungkin bagi mengelak ianya menjadi barah dalah hidup kita.

Perkara yang dapat mengeluarkan gergasi dalam diri kita adalah cabaran, melalui cabaran ini lah kita akan tahu dimana tahap maksimum kita boleh pegi. Cabaran yang perlu kita buat tidak perlu terus kepada cabaran yang amat hebat akan tetapi cukup sekadar cabaran yang kecil-kecil terlebih dahulu.

Orang-orang yang berjaya kebanyakannya bermula dengan tidak tahu apakah potensi mereka, akan tetapi pengalaman mengajar mereka untuk berikan cabaran dalam diri mereka untuk mengecapi kejayaan pada hari ini.

Isnin, 5 Oktober 2009

Kebenaran Dalam Kehidupan

Kebenaran dalam kehidupan merupakan sesuatu yg asing dizaman teknologi ini.Kebenaran umpama satu budaya pelik yang timbul dalam sesebuah kampung. Disaat artikel ini ditulis saya baru lepas menyampaikan satu bentuk ceramah yang berkaitan dengan Islam. Akan tetapi Islam tersebut telah ditambah oleh seseorang yang kononnya menjadi pejuang Islam.

Akan tetapi dia membuat satu kesilapan yang besar kerana menyangka mampu menipu orang bawahan dengan tiket Islam baru nya.Sesi ceramah tadi dapat merungkai bahawa apa sangkaan masyarakat duiluar sana amat meleset.

Didalam hati mereka penuh dengan perasaan memberontak untuk mendapatkan kebenaran.Saya lah tempat mereka meluahkan segala yang terbuku dihatiKesimpulan untuk tugasan saya pada hari ini ialah walaupun pada luaran kita nampak mereka ini pro.akan tetapi hati mereka kontra dengan apa yang mereka lakukan.

Hukuman bukan boleh dibuat sesuka hati melalui perbuatan zahir kerana hati juga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan