Khamis, 31 Mac 2011

kerja lain

Asalamualaikum semua sahabat yang saya kasihi Alhamdulillah kita masih lagi dapat bertemu dengan hari jumaat penghulu segala hari dan menjadi hari yang teristimewa kerana tidak akan berlaku hari kiamat melainkan pada hari jumaat.Di samping pergi menunaikan solat jumaat sebentar lagi ada lagi perkara sunat yang boleh kita lakukan iaitu menziarahi ibu bapa kita dan juga pergi menziarahi kubur. apabila kita menyebut tentang kerja,macam-macam yang kita fikirkan sehingga ada diantara kita yang sudah bosan dengan kerja yang telah dilakukan hampir berbelas tahun.Bekerja dengan tidak happy dan terpaksa atas segalanya.Jika ini yang berlaku pada kita maka ianya amat bahaya kerana kita tidak akan pergi jauh dalam kerjaya kita itu. jangan risau kerana ada jalan untuk mengatasi masalah tersebut,masalah bosan dan tertekan tersebut boleh anda tenangkan dengan melakukan kerja yang anda suka diwaktu lapang. Mungkin malam,mungkin juga diwaktu senggang anda.Boleh jadi juga diwaktu hujung minggu anda.Sekurang-kurangnya anda tidak langsung membiarkan kerja yang anda minat itu terpendam begitu sahaja.Terpujuk jugalah hati anda tu Seterusnya cuba anda tengok-tengok surat khabar atau bertanya kawan dimana ada kerja kosong yang sesuai dengan minat anda,jangan biarkan anda terseksa tanpa ada usaha untuk anda keluar dari kepompong yang menyakitkan.Jika tersalah langkah jadikan itu satu pengalaman hidup,terus bangun dan mencari kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup.

Rabu, 30 Mac 2011

berbakti kepada keluarga barulah power

Asalamualaikum sahabat semua Saya mengharapkan anda semua dalam keadaan yang sangat baik dan sangat hebat.Kerana itulah saya menulis di dalam blog ini, untuk pastikan kita semua dalam keadaan yang hebat dan power.Allah s.w.t itu menyukai hambaNya yang kuat berbanding hambaNya yang lemah.Oleh itu tidak salah kita membina kekuatan melaui apa yang kita buat. Kita semua bekerja 5 harui seminggu jika kerajaan dan mungkin ada yang 6 hari seminggu bergantung kepada syarikat anda bekerja,yang bekerja kerajaan pun kadang-kadang bekerja seminggu contohnya seperti abang-abang polis kita. Apa yang saya ingin kongsikan hari ini adalah tentang masa, masa dengan kawan chatting kita? bukan...masa bersama keluarga kita.Dalam seminggu berapa jam yang kita peruntukkan untuk keluarga kita.Makan bersama,shopping bersama,berkelah bersama. Jika kurang dari 5 jam maka anda berada dalam situasi yang sangat bahaya,dari segi mana? dari segi hubungan kita dengan keluarga tidak kira mak atau ayah ataupun anak-anak dan isteri tercinta.Semakin sedikit kita bersama mereka semakin renggang kita. Sebenarnya masa kita dengan ahli keluarga kita menentukan kebahagiaan kita bersama insan yang kita sayang.anak-anak akan keluar rumah jika mak ayah mereka tidak ada di rumah kerana mencari duit di luar.Inilah punca mengapa rumah tangga dan remaja kita hancur. Sebabnya mudah masa bersama tidak ada. Semoga ada baiknya untuk hari ini saya doakan anda semua dalam keadaan yang bahagia

Jumaat, 25 Mac 2011

masa untuk berfikir jalan kedua

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah saya diberikan tugas oleh Allah s.w.t untuk kita sama-sama berpesan kejalan kebenaran dan sama-sama berpesan untuk menjauhi kemaksiatan,semoga kita sama-sama tergollong dalam manusia yang tidak rugi.

Setiap daripada kita ada perjuangan masing-masing, ada diantara kita sebagai pejuang politik, ada juga sebagai student, dan ada juga yang makan gaji sebagai manager.Semua yang kita lakukan setiap hari adalah perjuangan.Setiap perjuangan itu pasti ada yang perlu kita korbankan.Berkerja kita korbankan masa dan tenaga,tidak kurang memerah otak setiap hari untuk menyediakan yang terbaik untuk syarikat kita.Jika anda bertekad untuk buat yang terbaik dalam perjuangan hidup anda,maka anda sudah berada ditahap kejayaan walaupun anda belum menghadapinya.Kerana apa?kerana cara pemikiran anda sudah sampai ke tahap minda orang yang berjaya.

Akan tetapi dalam kita meredah arus dan juga halangan dalam perjuangan ini,sudah pasti akan tiba satu saat dimana kita tidak lagi berdaya melakukan apa pun kerana sudah habis segala daya kita curahkan dalam perjuangan itu.Pada saat inilah anda perlu memikirkan jalan kedua untuk anda terus berjaya.Peringatan untuk kita bersama,apabila kita berada disatu stage yang paling bawah jangan kita biarkan motivasi kita,minda kita,matlamat kita ditahap yang paling bawah. Hayunlah motivasi,minda dan matlamat anda seberapa segera untuk kembali keatas agar kita tidak terus tersungkur dan tercedera.Cara yang paling mudah ialah belajar daripada pengalaman insan yang pernah terjatuh dalam kehidupan dan kini megah diatas.

Jangan merasa hina jika anda tidak ada kereta,jangan rasa hina jika gaji anda dulu 6000 tetapi kini 600 sahaja.Jangan anda malu untuk berhadapan orang ramai untuk berniaga goreng pisang kerana inilah permulaan yang perlu kita hadapi untuk kembali berada di atas. Malu....rendah diri...kalah.....adalah sifat yang mebghalang untuk kita berjaya.Jadi kita buang dan kita gantikan dengan semangat yang membara untuk mengejar kembali kejayaan yang telah hilang.Sesungguhnya Allah s.w.t sukakan hambaNya yang kuat bukan yang lemah.Yakinlah Allah s.w.t bersama kita setiap saat melebihi anak isteri dan suami.

Khamis, 24 Mac 2011

4 hari di bukit bubu

Asalamualaikum sahabat semua

Sudah agak lama bagi saya kita tidak bertemu di dalam blog ini, saya dalam minggu ini agak busy dengan kerja luar.Pada hari Isnin yang lepas sehingga hari Khamis saya ditugaskan untuk pergi ke bukit bubu untuk menjalankan program di sana.Bukan sebagai pendaki tetapi sebagai pemberi semangat melalui aktiviti kerohanian.

Pengalaman yang mereka alami semasa sepanjang menaiki dan menuruni bukit bubu adalah satu pengalaman yang bagi saya amat hebat.Yang pasti kita akan diuji dari aspek fizikal dan mental semsa dalam perjalanan.bagi yang tidak biasa pasti akan kecundang dipertengahan jalan tetapi bagi yang cintakan cabaran dialah pemenangnya walaupun turun dengan keadaan yang tersangat penat.

Bagi saya pendakian bukit atau gunung merupakan satu falsafah kehidupan dimana pada permulaan sebelum kita memulakan perjalanan mendaki kita perlu menyediakan bekalan secukupnya untuk jangkaan sepanjang perjalanan.Begitulah juga dengan kehidupan ini dimana kita perlu menyediakan bekalan secukupnya untuk menghadapi kehidupan yang hanya beberapa puluh tahun atau berbelas tahun sahaja.

Segala perit jerih semasa dalam perjalanan mendaki adalah ujian yang perlu kita hadapi sepanjang dalam kita melayari bahtera kehidupan, ada yang terjatuh ketika mendaki sungai ada pula yang kehilangan tongkat semasa dalam perjalanan.Itulah kehidupan dimana setiap daripada kita pasti akan diuji dengan bermacam dugaan dan cubaan.Apa yang penting adalah apa yang telah Allah s.w.t anugerahkan kepada kita digunakan semaksima yang mungkin kerana Allah s.w.t tidak akan menguju hambaNya melainkan ujian itu dapat dihadapi dengan jayanya.

Kita fikirkan bersama...

Khamis, 17 Mac 2011

duit syiling yang power

Asalamualaikum sahabat semua

Hari ini adalah hari jumaat penghulu segala hari,bagi kita umat Islam hari ini adalah hari yang paling bermakna kerana banyak peristiwa yang akan berlaku pada hari ini terutamanya hari kiamat yang maha dahsyat.Kesedaran perlu ada pada kita semua bahawa hari kiamat pasti datang dan kita sebagai hambaNya perlu bersiap sedia dengan amalan agar kita tergolong dalam hambaNya yang bertaqwa.

Saya yakin setiap daripada kita pernah ketandusan duit diatas sebab-sebab yang tertentu. Mungkin ada berlaku kes kecemasan seperti bateri kereta rosak ataupun anak minta belanja lebih untuk membeli buku rujukan.Kita sebagai mak dan ayah sudah pasti memberikan wang kepada anak tanpa rasa berat.Begitu juga yang hidup bujang kadang-kadang tidak perasan duit kertas langsung tidak ada dalam simpanan.

Jika berlaku sedemikian apa tindakan kita?jawapnya ialah duit syiling kan?duit syiling walaupun kita memperlekehkannya tetapi sebenarnya duit syiling adalah sangat penting berbanding duit kertas kerana duit syiling berbilang-bilang dan nilainya adalah kecil tetapi duit kertas nilainya besar dan sedikit pula bilangannya.Jika hilang sekeping duit kertas kita akan hilang duit yang agak banyak tetapi jika kita hilang sekeping duit syiling?paling tinggi seringgit sahaja kan? tidak ada duit syiling lebih dari seringgit.Maka kerugian kita hanya sedikit.

Pernah anda membayar duit minyak dengan duit syiling?pasti ada....saya sendiri sudah beberapa kali membayar duit minyak motor dengan duit syiling.Apa perasaan kita ketika itu? pasti malu dan rasa amat rendah diri.Sebenarnya perasaan itulah yang akan mendidik kita menjadi manusia yang merendah diri dan sedar diri.Jika kita sering membayar dengan wang kertas yang banyak atau guna kad kredit maka sifat yang terkumpul dalam diri kita adalah tinggi diri dan bangga diri.Cuba test sekali anda bayar duit minyak dengan duit syiling.... Hayati perasaan anda ketika itu....

hidup perlu jadi bijak kalau tidak kita akan dipijak....jumpa lagi

Rabu, 16 Mac 2011

bencana alam dari sudut iman

Asalamualaikum semua

Semoga pada hari ini kita semakin kuat dalam menempuh kehidupan yang kita sendiri tidak tahu bilakah noktahnya.Cuma yang menjadi pandu arah kita adalah Al-Quran dan Al-Sunnah yang menentukan arah tuju kita sehinggalah ke tarikan nafas kita yang terakhir.

Kemana sahaja kita pergi pasti kecoh dengan bencana alam yang telah terjadi di Jepun khususnya dan kini dikejutkan lagi satu fenomena pada 19hb mac ini dimana kedudukan bulan sangat hampir dengan bumi.Bencana alam sedahsyat-dahsyatnya mungkin akan terjadi. Apakah yang perlu kita lakukan?

Ada yang bertanya kepada saya apa yang perlu kita lakukan?jawapan saya adalah mudah,Allah s.w.t menimpakan ujian dan musibah kepada orang yang beriman untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepadaNya bukan untuk menyiksa kita apatahlagi untuk menzalimi hamba-hambaNya yang patuh dan taat atas perintahNya.

Mulai saat ini kita banyak-banyak bertaubat pada Allah s.w.t dan banyak-banyak beramal ibadah,jangan lagi kita hanyut dengan rentak dunia yang tetap mempertahankan keindahan dunia dan mengetepikan keindahan akhirat.Jom amal!

Isnin, 14 Mac 2011

dua kematian

Asalamualaikum sahabat semua

Lama kita tidak bertemu di blog ini, kerana saya sedang berpindah office.Keadaan masih lagi tidak tersusun,PC pun belum boleh dipasang,ni pun pinjam laptop kawan untuk update blog^_^

Alhamdulillah kerana kita masih lagi boleh bernafas dan alangkah indahnya jika setiap nafas kita adalah zikir kepada Allah s.w.t.Kita perlu usaha dan ada kesedaran diri jika mahu. Pada minggu ini saya banyak belajar tentang erti hidup yang sebenar.Kehidupan hakikatnya adalah kematian. Setiap hari yang baru kita lalui adalah selangkah dekatnya kita pada kematian.Ramai yang tidak sedar bukan?Setiap kali kita menyambut hari lahir ramai yang gembira,sepatutnya kita bersedih kerana umur kita semakin berkurang.

Dua kematian saya hadapi minggu ini dan ianya mencabar fizikal,mental dan ilmu yang ada pada saya.Pertama kali saya dipikulkan dengan tanggungjawab menguruskan jenazah sedangkan saya tidak pernah menguruskan jenazah selama ini kerana tidak diberi peluang.Apabila sudah di suruh maka saya gagahkan diri untuk mengurus jenazah sahabat saya itu.Bagaikan tidak percaya saya sendiri yang menguruskan jenazah sahabat saya,dalam pemikiran saya siapalah yang akan menguruskan jenazah saya nanti....

Perkara yang paling pelik saya lihat adalah keadaan insan sekeliling yang pada pandangan saya tidak mengambil iktibar atas kematian sahabat mereka.Ketawa,gelak,bergurau adalah yang paling saya tidak seronok melihat ketika berlakunya kematian.Saya sangat kecewa melihat perkara ini sedangkan nabi pernah bersabda bahawa kematian itu adalah satu peringatan yang sudah cukup bagi kita.

Saya menyeru sahabat semua agar sama-sama kita membuat persiapan untuk hari kematian kita yang mungkin pada hari ini,bukan niat saya menakutkan tetapi itulah hakikat kehidupan.

Selasa, 8 Mac 2011

keikhlasan tidak perlu dizahirkan dengan mulut

Asalamualaikum sahabat semua

Semoga hari ini terlebih baik dari semalam kerana itulah yang kita perlu targetkan untuk menjadi seorang yang hebat dunia dan akhirat.Sebenarnya tidak mustahil untuk kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat kerana contoh telah ada melalui kisah para Nabi dan Rasul serta para sahabat.Ada dikalangan mereka yang jutawan, dan jutawan juga di akhirat kerana menggunakan harta yang ada di jalan Allah s.w.t.Jika anda seorang jutawan jadikan diri anda jutawan juga di akhirat seperti meningkatkan amal ibadat dan sedekah.

Setiap daripada kita sentiasa melakukan sesuatu dan melakukan kebaikan setiap hari, dan setiap perbuatan itu ada niatnya yang tersendiri.Amat malanglah sekiranya amalan kebaikan kita itu tidak disertai dengan niat kerana dengan niatlah satu-satu perbuatan itu dikira ibadat atau adat.

Saya pernah bertemu dengan insan-insan yang sentiasa menyebut perkataan ikhlas sebelum menyatakan sesuatu, diantara ayatnya seperti....saya cakap ikhlas ni ustaz saya tak rasa apa-apa pun ada 6 jawatan dalam satu masa....Cuba anda bayangkan seseorang yang berkata sedemikian pada anda,apa yang anda fikir kan?sudah pasti anda rasa ketidakikhlasannya itu kan?

Sebenarnya ikhlas tidak perlu kita ungkapkan kerana ikhlas itu adalah rahsia Allah s.w.t. Ikhlas bukanlah benda yang boleh kita zahirkan, tetapi ikhlas adalah sesuatu yang terletak di dalam lubuk hati dimana manusia biasa tidak mampu mengesannya.Kita tidak perlu meyakinkan orang dengan mengatakan kita ikhlas kerana manusia yang ikhlas ada satu cahaya bersama senyumannya.Anda pernah jumpa insan seperti ini?jika pernah anda adalah bertuah.

Keikhlasan amat penting bagi memastikan setiap amalan kita diterima oleh Allah s.w.t, jika kita ada niat lain disebalik amalan kita percayalah bahawa kita akan miskin pahala di akhirat nanti.

Isnin, 7 Mac 2011

ketika di timpa musibah dan ketika berlalu musibah

Asalamualaikum dan selamat pagi sahabat semua

Kita mulakan hari ini dengan syukur kepada Allah s.w.t dan kita tambah dengan sedikit ketawa untuk memulakan hari kita dengan harapan akan berkekalan kita dalam kegembiraan dan keceriaan.Dalam seminggu ada 7 hari apa salahnya kita jadikan 5 hari sebagai hari paling gembira untuk kita.

Saya ada seorang sahabat seperguruan dan satu tempat kerja yang sedang sakit,doktor menyatakan ada simtom terkena penyakit denggi berdarah tetapi belum mendapat keputusan yang sebenarnya.apa yang saya lihat sahabat saya ni seorang yang amat ceria dan bersemangat setiap hari begitu juga ketika pergi ke tempat perguruan untuk menadah kitab.akan tetapi kusangka cerah sehingga ke petang tetapi hujan di tengah hari, sahabat saya mendapat demam dan batuk juga selsema yang tidak kebah-kebah selama sebulan lamanya.

Wajahnya tidak lagi ceria dan selalu mengeluh apabila berjumpa dengan saya, perkataan yang selalu diungkapnya ialah apalah nasib saya ustaz.....satu keluhan yang agak mengecewakan saya kerana tidak sepatutnya insan seperti dia mengeluh atas ujian yang Allah s.w.t berikan. Kerana apa saya mengatakan tidak patut?

Kerana sebelum ditimpa ujian telah banyak nikmat yang Allah s.w.t berikan padanya. Nikmat kesihatan yang tiada tandingan,kerana beliau memberitahu kepada saya bahawa sepanjang hidupnya dia tidak pernah pergi kehospital! cuba sahabat semua bayangkan, hebat bukan? sekarang beliau diuji dengan masalah kesihatan.Sepatutnya beliau rasa bersyukur diatas apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. Mungkin sudah tiba masanya untuk DIA mengambil semula hak nya.

Begitulah sikap manusia yang lemah,apabila ditimba ujian terus mengeluh tetapi semsa diberi nikmat tidak pula mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.Sahabat semua....sama-sama kita beringat setiap kali ditimpa ujian dan mendapat nikmat ingatlah Allah.....Allah....Allah....Dia tidak akan meninggalkan kita sepertimana makhluknya....

Ahad, 6 Mac 2011

shopping dengan nafsu atau keperluan

Asalamualaikum sahabat semua

Anda sihat atau tidak itu tidak penting,yang penting adalah motivasi iman anda dalam keadaan yang amat cemerlang.

Semalam saya pergi ke giant batu caves untuk membeli barang keperluan, sepanjang perjalanan amat sibuk dengan kenderaan yang menghala ke arah tuju masing-masing.Cuma saya pelik mengapa begitu payah unutk mencari paking di sana, sedangkan sebelum ini mudah sahaja untuk saya mencari parking.

Baru saya teringat bahawa sekarang adalah minggu orang penuh poket,fahamlah maksudnya tu ya.Jadi masing-masing berpusu-pusu ke tempat membeli belah dengan niat membeli barang keperluan harian kita.

Tetapi apa yang saya lihat kebanyakan daripada kita membeli belah dengan nafsu bukan dengan keperluan.Bagaimana hendak membezakan membelibelah dengan membeli dengan nafsu ialah catitan apa yang kita hendak beli.Berapa ramai antara kita yang pergi shopping dengan membawa catitan barang apa yang hendak dibeli.Saya yakin mungkin 1 % sahaja yang melakukan sebegini.Yang menulispun kadang-kadang tersasar kerana mengutamakan nafsu mata daripada keperluan.

Setiap pembaziran itu ialah satu dari jalan untuk kita menjadi geng kepada syaitan,kita adalah saudara syaitan jika kita melakukan pembaziran.Tidak risaukah kita?

Khamis, 3 Mac 2011

rupa-rupanya

Asalamualaikum sahabat semua
Bagaimana keadaan anda pada hari ini?Saya doakan semoga kita semua dalam keadaan yang amat baik walaupun orang lain melihat kita sangat tidak baik,itu bermakna kita bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t kepada kita.

Alhamdulillah dipanjatkan kerana saya berjaya juga menghabiskan kursus selama tiga hari, pukul 6 semalam saya sampai di rumah.Banyak perkara yang saya pelajari daripada kursus tersebut.Perkara yang asas adalah faktor kepimpinan, keberanian dan etika diri kita sendiri dalam menjalankan amanah.

akan tetapi ada yang lebih penting daripada itu kerana ianya melibatkan aspek hukum yang kita jarang ambil berat sedangkan ianya merupakan hukum dalam agama.Apabila disebut hukum maka akan adalah juga dosa dan pahalanya.Saya didedahkan dengan perjalanan hidup seorang manusia bermula daripada alam rahim sehinggalah alam kematian.Islam telah menggariskan semuanya dengan lengkap,bermula dengan cara mencari pasangan,berkahwin,ada anak sehinggalah ke alam usia emas( 70an).

Kita tidak pernah bertanya mengapa mencukur rambut bayi itu mesti diletakkan di dalam bekas kelapa,kita jarang nak bertanya mengapa ada majlis menepung tawar bagi pengantin, kita tidak mahu menyoalkan mengapa perlu memakai inai di malam pernikahan.

Semua yang saya senaraikan di atas merupakan diantara beratus persoalan yang kita jarang bertanya mengapa dan yang sebenarnya ianya melibatkan hukum dalam Islam. Contoh mudah dimana suami isteri akan memakai inai apabila hendak bersanding atau semasa pernikahan, apakah hukum memakai inai dalam Islam?

Jawapannya ialah haram bagi lelaki dan bagi perempuan dibolehkan atas sebab tertentu.Bahaya bukan?lelaki biasa memakai inai di tiga jari.Bayangkan di permulaaan kita membina rumah tangga sudah ada unsur haram....kita sebenarnya sudah jauh dari keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.Jadi jangan kita biarkan diri kita terus jahil dan hanyut dengan adat yang gila seperti ini.Semoga ada baik nya untuk pertemuan hari ini...