Selasa, 30 Mac 2010

Fadhilat ayat akhir surah at-taubah

Salam kasih sayang buat semua

Alhamdulillah saya dapat menyambung amalan ayat Al-Quran yang saya kongsikan semalam, walaupun ayatnya agak pendek,akan tetapi beristiqamahlah kerana Allah.

Diantara kelebihan ayat ini ialah pembacanya tidak akan mati sehinggalah ditakdirkan oleh Allah untuk lupa membaca ayat tersebut.Ini bermakna selagi kita beramal dengan ayat ini maka kita tidak akan mati pada hari kita masih lagi ingat dan amal ayat tersebut(apa-apa pun semuanya dalam kekuasaan Allah)

Pengalaman saya yang membuatkan saya tidak mahu tinggalkan amalan ini ialah berkenaan nenek saya yang tersayang,saya tidak mengetahui bahawa nenek saya mengamalkan ayat tersebut.Sehinggalah satu hari nenek saya berwasiat kepada anak-anaknya.keesokan harinya nenek saya meninggal....apabila ditanya kepada yang pakar tentang ilmu ayat Al_quran, memang benar bahawa amalan ini membolehkan kita tahu bila kita kan mati.


Allah Maha Mengetahui

Ahad, 28 Mac 2010

Mari beramal

Salam kasih sayang kepada semua sahabat yang saya sayangi, semoga Allah sentiasa merahmati kita walaupun kita kadang-kadang lebih sayangkan pakwe atau makwe dari Allah. gurau je tu ye^_^

Alhamdulillah dikesempatan ini saya ingin kongsikan satu amalan yang telah sekian lama saya amalkan,dan amalan ini saya tidak mahu tinggalkan kerana ianya mempengaruhi dunia dan akhirat kita.

Setiap dari kita berkewajipan menyembah dan patuh kepada Allah setiap saat dan tenpat,dalam apa jua keadaan.Jangan kita sempitkan masalah ibadah itu ye.Kerana ibadah terlalu luas untuk kita perbincangkan.

Ok lah fokus utama kita pada hari ini ialah amalan untuk kita buat setiap hari,amalan yang saya ingin kongsikan ialah amalan berupa wirid ayat Al-Quran surat At-Taubah ayat akhir (128-129)
Ayat ini elok diamalkan setiap hari 7kali pagi dan 7kali petang,niatkan semata-mata kerana Allah,semata-mata kerana redha Allah.

Akan datang saya akan kongsikan fadhilatnya,jika ada sahabat-sahabat yang terus beramal maka sila kongsikan pengalaman sahabat sepanjang beramal dengan ayat ini.

Salam motivasi buat semua

Khamis, 18 Mac 2010

MENCARI KEKUATAN

Kehidupan kita hari ini membuatkan kita sentiasa menceritakan tentang kehidupan,penuh dengn warna,penuh dengan emosi,bermacam-macam permasalahan yang membuntukan minda. Salah satu cara untuk mengatasi segala masalah adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah melaui bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Dalam Al-Quran terdapat satu surah dimana sekiranya kita tidak membacanya di dalam solat maka solat kita tidak akan sah,ini menurut mazhab syafie.ayat itu ialah surah al-fatehah.Surah ini mempunyai seribu rahsia yang tidak tercapai dik akal manusia.Surah ini sudah melengkapi seluruh aspek kehidupan.ini bermakna surah ini jugalah panduan untuk keseluruhan kehidupan kita di dunia.

Para ulama telah menggariskan panduan cara untuk kita mengatasi masalah hidup yang berkaitan dengan rezeki,pernusuhan,hajat dan sebagainya dengan melakukan riadah dengan surah al-fatehah.dengan mengamalkan surah al-fatehah sebanyak 100kali sehari,insyaallah kita akan dapat menyelesaikan segala masalah di dunia ini.paling tidak pun kita akan dapat ketenangan dari zikir kepada Allah,semoga perkongsian ini bermenfaat kepada semua. Sekiranya ada sesiapa yang memiliki amalan zikir surah al-fateah ini silalah berkongsi di ruangan komen.

Selamat beramal

Sabtu, 13 Mac 2010

Manusia zaman sekarang panas baran

Saya yakin sahabat semua ramai yang rajin masuk ke forum-forum,tidak kira sama ada forum tersebut berkaitan dengan ilmiah,keagamaan,bisnes dan sebagainya.Dekat forum kita boleh lihat macam-macam perangai yang ada.Ada yang nampak macam dia sahaja yang tinggi ilmu dan tahu segala-galanya.Ada juga yang suka menghangatkan forum yang sememangnya sentiasa hangat kerana dah nama pun forum.

Cuma kita perlu baiki adalah sikap kita semasa berforum,contoh forum yang confirm hangat adalah yang berkaitan dengan isu politik.Haaaa mulalah nak naik hangin kalau orang tak setuju dengan kita.Dalam masalah politik tiada siapa yang benar-benar bersih melainkan sesuai dengan kehendak syariat,itu baru lah dikatakan politik dalam Islam.Walau apa pun kita adalah manusia,sentiasa ada salah dan silap.Cuma kita apabila berhadapan dengan situasi yang hangat,cuba control pemikiran agar lebih bersifat terbuka.

Lihat contoh yang hebat seperti imam 4 mazhab.Mereka berbeza pendapat dalam masalah fiqh akan tetapi apabila duduk bersama mereka saling menghormati,kita fikirkan bersama

Isnin, 8 Mac 2010

Hidup ini perlu berterimakasih

Perjalanan hidup kita didunia ini saling bersandar diantara satu sama lain,contoh yang paling mudah adalah ibu dan ayah kita.Tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini.Tanpa pokok dan tumbuhan hijau kita tidak mampu untuk mendapat oksigen sebagai asas kehidupan kita.

Dengan kasih sayang Allah kita dapat melihat alam ini,dengan kasih sayang Allah juga ada yang dimatikan sejak kecil lagi.Kadang-kadang kita melihat kesusahan itu sebagai satu yang menyakitkan sedangkan pada pandangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita.Berterimakasihlah kepada Allah tuhan yang menjadikan kita,berterimakasihlah kepada Rasulullah yang menyampaikan dakwah tauhid kepada kita dengan perantaraan para sahabat yang mulia.

Berterimakasihlah juga kita kepada semua yang ada di sisi kita dan seluruh isi dunia ini kerana tanpa mereka semua kita belum pasti berada di tempat yang sekarang ini.

Janji Allah kepada kita adalah jika kita bersyukur maka Allah akan tambah nikmatNya keatas kita.

Jumpa lagi^_^

Ahad, 7 Mac 2010

Kepahitan sebenarnya adalah kemanisan

Kehidupan banyak mengajar kita tentang kekuatan dalam menghadapi apa sahaja. Rintangan yang datang kadang kala melemahkan semangat kita.Akan tetapi janji Allah itu tetap bersama hamba-hambaNya yang bersabar dengan setiap ujian.

Kesabaran adalah sebahagian dari iman.dan hanya orang-orang yang bersifat sabar sahaja akan cerah masa depannya di akhirat kelak.

Saya yakin bahawa ramai diantara kita yang pernah mengalami peristiwa pahit.Ada yang terus melupakannya,ada juga yang menyimpannya dalam memori.

Setelah ujian itu dialalui dengan sabar,akan terpancarlah ketenangan yang mengatasi segalanya.Segala kepahitan,segala kesedihan di ubati dengan ketenangan.

Pesanan saya kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog saya ini,kuatkan semangat kita dalam menghadapi apa jua rintangan dan ujian kerana ianya merupakan saham akhirat buat kita.

Jangan lupa kongsikan pengalaman sahabat semua di ruangan komen untuk berkongsi saat kepahitan dan kepayahan.

Berjumpa lagi^_^