Isnin, 31 Januari 2011

Jangan pandang hina kepada orang lain

Salam ukhuwah buat anda

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dengan satu lagi episod dalam kehidupan.
Menjadi sifat biasa bagi manusia mempunyai sikap untuk memandang rendah dengan insan lain. Sikap seperti ini akan lebih menyerlah jika kita punyai pangkat harta dan kedudukan.

Sifat ini dalam tasawuf dipanggil sikap yang tercela,sikap yang tidak disukai oleh Allah s.w.t begitu juga dikalangan makhluk-makhlukNya.

Kita perlu sedar tanpa insan-insan yang lemah seperti si miskin, si capik, si fakir, si cacat kita tidak akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t. Mengapa saya mengatakan sedemikian kerana si miskinlah tempat kita mengeluarkan zakat, si cacat lah tempat kita memberi pertolongan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Selalunya mereka yang hina pada pandangan kita sebenarnya mempunyai kehebatan yang luarbiasa yang kita tidak tahu. Anda tidak percaya?cuba cari orang cacat dan tanyakan bagaimana beliau menempuh hari-hari yang telah dia lalui.Saya yakin anda tidak mampu lakukannya seperti beliau.

Begitu juga mereka yang melakukan pekerjaan yang hina pada pandangan kita seperti si penyapu sampah, si tukang kebun dan sebagainya. Mereka ini bergaji rendah tetapi pada hakikatnya mereka memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Bayangkan di negara kita tidak ada si tuakang sapu....siapa yang akan mengutip sampah di tepi-tepi jalan?

Mulai saat ini ubahlah diri kita agar sentiasa merendah diri kepada orang lain dan menghargai orang lain. Tidak salah mengucapkan terima kasih kepada tukang sapu atau belanja mereka minum teh tarik^_^

Sabtu, 29 Januari 2011

tiga benteng untuk anda hadapi apa juga ujian

Salam hujung minggu buat sahabat semua, saya sentiasa doakan anda semua sihat dan bahagia dalam kehidupan.Dan harapan saya anda juga mendoakan saya.

Tiga perkara ini saya dapat daripada guru yang saya sayangi, beliau seolah-olah mengetahui permasalahan yang dialami oleh umat zaman ini. Setiap orang ada masalah yang hampir sama. Ada masalah duit, masalah anak, masalah pekerjaan dan masalah keluarga.

Banyak buku diluarsana yang memberikan pelbagai cara untuk berjaya dalam hidup dan menyelesaikan semua masalah hidup manusia.Tetapi semua itu hanyalah rekaan mereka dan tidak berpandukan kepada wahyu illahi.

Perkara pertama adalah kita tingkatkan amalan ibadat kita, kerana inilah sahaja punca ketenangan dan cara terbaik untuk hilangkan stress dalam kehidupan. Banyakkan zikir, solat sunat, bacaan al-quran selawat dan istighfar.

Yang kedua ialah menjauhi apa juga dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil, dosa merupakan salah satu punca mengapa kita selalu sahaja ditimpa ujian.

Dan yang akhir ialah jagalah pemakanan kita,pastikan punca pendapatan kita halal dan apa yang kita makan juga halal. Doa kita tidak akan diterima Allah s.w.t sekiranya dalam badan kita ada sumber yang tidak halal.

Semoga ada baiknya pertemuan kita pada hari ini.
wassalam

Jumaat, 28 Januari 2011

Ujian besar untuk umat Islam

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk meminjam satu hari lagi bagi meneruskan perjuangan kita sebagai hambaNya dan sebagai khalifah di bumiNya.

Dalam beberapa hari ini kawan-kawan dan guru saya banyak membuka fikiran saya tentang keadaan yang amat kritikal yang kita tidak perasan atau buat-buat tidak tahu. Kita perasan atau tidak sistem yang kita gunakan dan kita pakai hari-hari adalah sistem yang diatur oleh yahudi.

Sistem perbankan, adalah satu sistem yang kita guna setiap hari akan tetapi sedarkah kita bahawa sistem yang digunakan di bank adalah sistem yahudi yang menindas kita terutama dalam dalam kita membuat pinjaman kereta atau personal loan....

Kita sedar bahawa di dalam Islam riba adalah haram dan urus niaga itu adalah halal. tetapi saat ini umat Islam terperangkap kerana sistem ini telah digunakan sejak sekian lama.

Jadi apakah yang kita harus lakukan?sampai bila umat Islam di tindas secara senyap?

Kita belum boleh tidur lena sebenarnya seperti saudara kita di palastin. Kita ada kerja yang perlu di selesaikan.Ini cerita umat bukan cerita di kedai kopi.....

Khamis, 27 Januari 2011

Anda dibuli bos....

Salam hari jumaat yang penuh berkat. Tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari jumaat^_^

Alhamdulillah hari ini saya mampu lagi berkongsi pengalaman kehidupan dengan sahabat yang sedang membaca coretan saya ini.Terima kasih jika ada yang menghargai coretan saya ini. Semoga kita sama-sama dapat menempuh kehidupan yang sebentar sahaja ini dengan redha Allah s.w.t dan penuh kejayaan.

Jika anda bekerja makan gaji sudah pasti diatas anda adalah bos, dia yang akan memberikan kerja-kerja yang perlu kita siapkan dalam kadar wakti yang tertentu. Tetapi perasan atau tidak kekadang kita melihat bos asyik panggil kita sahaja untuk siapakan kerja. Anda jangan berkecil hati atau prasangka yang bukan-bukan kerana itu tandanya bos anda sayangkan anda^_^ dia menghargai kemahiran yang anda ada.

Semoga kita terus menerus membentuk fikiran positif agar kehidupan kita penuh ceria dan diberkati Allah s.w.t.

Selasa, 25 Januari 2011

Berjuang untuk keluarga

Salam kasih sayang buat sahabat semua

Alhamdulillah kita berjaya menghadapi hari paling getir iaitu hari Isnin.Merupakan hari kemalasan yang melampau hehe.Ok,hari ini adalah hari selasa dimana perjuangan hidup kita semakin bertambah selari dengan bertambahnya hari-hari yang kita lalui.

Pengalaman saya pada hari ini melihat bagaimana insan-insan yang telah berumur meneruskan perjuangan yang tidak tahu bila penyudahnya. Mereka berkorban kudrat yang ada semata-mata kerana anak-anak dan isteri atau membantu suami.

Mereka meninggalkan keluarga selama 3bulan semata-mata mengejar satu jawatan yang amat berat untuk disandang.Apabila saya bertanya kepada mereka mengapa sanggup?jawapan yang diberikan kepada saya ialah kerana keluarga.

Keluarga merupakan aset paling berharga buat kita sehinggakan ada yang sepatutnya berehat di rumah meluangkan masa bersama keluarga sanggup merempuh badai untuk sesuap nasi.

Pengajran buat kita ialah badai itu belum tentu akan merempuh kita tetapi kita pasti akan merempuhnya satu hari nanti

Ahad, 23 Januari 2011

Ujian bagi suami.....isteri

Salam hari Isnin yang penuh dengan kemalasan

jangan malas-malas ya sahabat semua^_^

Pada hari ini saya ingin menyentuh tentang suami. Sebelum kita bernikah kita akan berkenalan dengan seseorang bukan?bercinta dan masuk ke alam perkahwinan. Semasa bercinta bukan main sopan dan santun lagi,apabila sudah nikah semuanya terbongkar.Isteri yang diharapkan menjadi penyejuk mata menjadi punca kepada anda untuk mendapat penyakit darah tinggi atau jantung.

bukan semua suami akan dapat pengalaman sebegini,mungkin sebahagian sahaja^_^ apa yang suami perlu lakukan adalah tambah ilmu dan tegur isteri sekiranya apa yang dilakukan adalah bertentangan dengan Islam.Menjadi kewajipan suami menegur isteri dan mengajar isteri ilmu agama.Ingat ya......ajar isteri fardu ain adalah wajib bagi seorang suami....jika tidak mampu bawalah berjumpa mana-mana ustaz untuk belajar.

Kadang-kadang isteri tidak sedar bahawa apa yang dilakukannya terutama dosa akan melibatkan suaminya juga.Mereka tidak sedar sekiranya tersilap langkah si suami akan masuk neraka kerana perbuatan isteri.

Jadi saya menyeru para isteri jagalah suami anda dengan niat mendapat redha Allah s.w.t dan bukan kerana mengharapkan selain Allah s.w.t.

Jika isteri anda berubah kepada yang baik saya menumpang kebahagiaan anda^_^

Sabtu, 22 Januari 2011

2 jam di kedai makan

Salam pagi ahad buat sahabat semua

Kita dapat bertemu lagi dilapangan ini dengan kasih sayang Allah jua.
Pengalaman hidup kita tetap berterusan sehinggalah kita menghembus nafas terakhir.

Ada seorang sahabat yang saya jadikan sebagai abang angkat memberikan saya satu ilmu yang amat bermenfaat>pengalaman dua kali yang sama tapi berbeza,eh camne pulak tu hehehe

Abang anagkat saya suruh saya pergi ke kedai makan dalam masa 2jam dan lihat keadaan sekeliling,alangkah kaget nya saya apabila melihat keadan manusia kini.Apabila sahaja lagu dimainkan(karaoke)seorang pakcik yang dah berumur lanjut memulakan langkah tarian poco-poco mengikut rentak music.

Dalam fikiran saya adakah mereka ini masih menganggap kehidupan masih panjang? adakah kematian itu tidak cukup memberi kesan dalam diri mereka. Selama 2jam pakcik tersebut menari mengikut rentak music yang sesuai dengan tarian poco-poco.Saya yang melihatnya penat tetapi pakcik tersebut tidak menampakkan penat.

Cuba 2jam kita peruntukkan untuk zikir dan bacaan al-quran....agak-agak kita akan sesegar ketika kita menari?......

Rabu, 19 Januari 2011

Hari cuti buat aktiviti juga

Salam santai daripada saya

Anda bercuti?jika anda bercuti banyak masa yang free untuk kita penuhi. Alhamdulillah kita masih dapat menghirup udara segar di pagi ini. Hari cuti adalah hari yang paling menyeronokkan bukan? boleh bangun lewat,boleh manja-manjakan diri dan boleh tak fikirkan kerja buat sementara waktu.

Pada saya hari cuti adalah hari untuk keluarga,kerana banyak waktu kita digunakan untuk bekerja.Bila masa untuk keluarga kita?inilah masanya.Belailah anak anda jika anda ada anak. Buatlah aktiviti bersama isteri anda tidak kira yang berat atau yang ringan asalkan pekerjaan itu dibuat bersama.Hubungan kita akan semakin erat insyaallah.

Jangan kerana kerja kita terlalu banyak,kita buat di masa cuti dan tinggalkan keluarga di rumah.
Siapa yang akan bersama kita di saat kita susah?pastinya keluarga bukan?majikan hanya akan bagi bantuan sekali sahaja.

Kerja-kerja jugak famaly mesti jaga k

Selasa, 18 Januari 2011

30 kerja dalam satu masa

Salam kesegaran buat anda

Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sering menjenguk blog saya ini, apa yang saya coretkan adalah pengalaman sebenar saya dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau.Apa yang saya amalkan itulah yang saya kongsikan dan cuba buat.harapan saya kita sama-sama dapat menempuh kehidupan ini dengan sentiasa dalam redha Allah dan rahmat Allah.

Ok,saya yakin anda sedang bekerja atau anda sebagai majikan. Setiap hari ada sahaja tugasan yang perlu kita selesaikan dalam masa yang telah ditetapkan bukan?saya mengalami satu tekanan yang teruk apabila bos saya memberikan 30 senarai kerja yang perlu disiapkan dengan kadar segera.Sehingga saya mengalami migrin^_^

Apa yang saya lakukan ialah zikir dan baca al-quran seberapa yang mampu,surah yang saya istiqamah ialah surah yasin dan surah al-waqiah.

Alhamdulillah Allah memberikan saya pertunjuk untuk selesaikan masalah tersebut dengan cara buat yang mana paling penting dan tarikh due nya adalah yang terdekat.Siapkan dengan tenang kerana ketenangan itu daripada Allah dan celaru dan haru biru dari syaitan laknatullah.

Anda juga pernah menjadi seperti saya?jika cara saya mudah bagi anda untuk amalkan jom pakat buat^_^

saya cemerlang....anda cemerlang...kita semua cemerlang.....semangat k!

Isnin, 17 Januari 2011

Si miskin dan si kaya

Salam kesejahteraan buat anda

Anda sihat hari ini?jika sihat ucaplah alhamdulillah dan jika demam atau sakit syukur juga kepada Allah kerana anda sedang di didik oleh Allah untuk menjadi hambaNya yang sabar.

Mengapa Allah menjadikan kita kaya dan miskin?banyak sebab dan musabab nya. Ada diantara sahabat nabi yang kaya raya seperti abdurrahman r.a.Jadi tidak salah untuk kita mengejar kekayaan akan tetapi dengan syarat kita semakin taqwa kepada Allah.

Poket anda kosong....apa yang anda fikirkan adalah kesusahan....pernahkah anda terfikir bahawa Allah sedang mendidik anda untuk bersifat tawakal?bergantung pada Allah bukan pada duit.

Berbeza dengan orang kaya mereka bergantung kepada harta yang mereka ada...ini si kaya yang kurang akidahnya kepada Allah....

Jadi sekiranya anda sedang susah...tidak ada duit.....yakinlah bahawa Allah sedang mendidik anda untuk bersifat tawakal....

Sabtu, 15 Januari 2011

Buat kerja petani

Salam hujung minggu kepada sahabat semua

Alhamdulillah entah berapa kali kita sudah bertemu dengan hari ahad dan telah berapa banyak aktiviti yang kita buat untuk mengisi hari ahad.

salah satu aktiviti yang menyeronokkan,mengeratkan hubungan kekeluargaan, mengeluarkan peluh adalah menyangkul rumput dihalaman rumah.Jika rumah anda tidak ada rumput cuba buat perkara yang mengeluarkan peluh.Lupakan segala tekanan dan masalah anda.Bayangkan setiap titis peluh anda itu keluar segala tekanan dan masalah anda dalam hidup.

Semoga perkongsian ini dapat membantu antara kita menghadapi segala ujian dan tekanan hidup... kita perlu hadapi...cuma perlu cari jalan untuk menyelesaikan dan cara nak control tekanan kehidupan.....semoga saya dan sahabat semua bertambah kuat.....

Khamis, 13 Januari 2011

Menjana ketenangan

Salam pagi jumaat

Alhamdulillah kita masih dapat bertemu di alam maya ini,semoga doa dan kasih sayang antara kita akan membuatkan kita semakin kuat menghadapi ranjau dalam kehidupan.

Dalam kita menghadapi apa sahaja masalah dan ujian hati kita jiwa kita akan gelisah,secara fizikal jantung kita akan berdegup kencang.Kerja yang kita lakukan semuanya tidak kena dan bukan sepenuh hati kita lakukannya.

Disaat itu kita perlukan ketenangan yang menjadi punca atau jalan penyelesaian segala masalah kita.Banyak cara dan kaedah untuk kita mendapatkan ketenangan ini.Di dalam Al-Quran dengan jelas menyatakan bahawa ketenangan itu hanya boleh kita dapati dengan zikrullah....jadi disaat kita dalam kesusahan,kepayahan,tertekan lazimkan diri kita dengan zikrullah kerana ianya adalah punca dan asas kepada ketenangan.

Rasailah kehebatan Allah.....masukkan kebesaran Allah di dalam hati kita.....sehingga kita merasakan diri kita sudah tidak ada lagi....

Allahuakbar.......

Isnin, 10 Januari 2011

Orang yang banyak ujian orang hebat

Salam kasih sayang buat anda
semoga anda bertambah kuat dalam menempuh liku-liku hidup hari ini.

Selepas melakukan solat zuhur saya membelek satu buku yang bertajuk peringatan kepada yang lupa.Buku tersebut amat tebal dan ditulis oleh seorang ahli sufi yang terkenal. Saya terus membuka helaian buku tersebut dan terbaca satu ayat yang amat power dalam memotivasikan kita untuk mengharungi kehidupan.

Ayat tersebut ialah sesiapa yang menempuh pelbagai ujian dan dugaan adalah manusia yang hebat kerana itulah jalan yang ditempuh oleh orang-orang soleh,para nabi dan rasul.Orang yang hidupnya aman damai adalah manusia yang amat rugi kerana jalan ini diharungi oleh manusia-manusia yang celaka sepeti firaun dan qarun.

Anda bersemangat?itu cukup buat saya rasa bersemangat juga^_^

Ahad, 9 Januari 2011

Tekanan punca kita sakit

Salam hari isnin,mulakan pagi ini dengan nama Allah s.w.t semoga segala kerja kita diberkatiNya.

Ok,untuk hari ini saya kongsikan satu info dimana mungkin anda sudah tahu atau anda belum tahu lagi.Kita semua akan tertekan setiap hari bukan?motor pancitpun satu tekanan buat kita menjadikan hati kita tidak tenang dan kita terpaksa kerah tenaga yang banyak untuk selesaikan masalah motor pancit ni.

Cuba anda bayangkan apa yang terjadi ketika anda tertekan dengan sesuatu masalah? jantung anda berdegup kencang, berpeluh tak pasal-pasal, badan sakit-sakit.Ini yang berlaku ke atas diri saya sendiri.Jangan hairan ada yang terkena sakit jantung tiba-tiba dan rebah menyembah bumi kerana tekanan yang merempuh dirinya amat kuat dan hebat.Sekuat mana pun kita jika tekanan itu seperti badai sunami maka kita akan rebah juga satu hari nanti.

Cara penyelesaiannya kita perlu cari ketenangan,yang utama dekatkan diri kita kepada Allah s.w.t kerana Dialah sumber kekuatan dan ingatlah Dia yang aturkan ujian kepada kita dan mesti ada tujuannya.Cuma kita perlu harungi dan belajar sesuatu daripada ujian tersebut.

Jangan malu istighfar di depan PC anda,sambil berjalan berselawat dan masuk tandas dengan doa kerana ini lah kekuatan kita.


Khamis, 6 Januari 2011

sabar sikit untung banyak

Salam pagi jumaat yang amat sejuk di tempat saya tinggal ni,bagaimana dengan tempat anda?saya yakin tempat anda juga sejuk di pagi ini.

Ada hadis yang menyatakan bahawa kesabaran itu adalah separuh daripada iman,hebat bukan? sabar adalah satu perkataan yang ringkas dan mudah sahaja untuk disebut akan tetapi aplikasi dan pengamalan adalah 100 kali ganda susah dari perkataannya.

Kita lihat orang disekeliling kita,ada atau tidak yang memiliki sifat sabar yang banyak mengatasi sifat pemarah?jika anda dapat jumpa orang yang penyabar lihat wajahnya lihat perwatakannya hebat bukan?pasti ramai kawannya dan pasti gembira hidupnya kerana orang yang sabar berfikiran positif.

Dengan hanya bersabar dalam masa 5 minit anda dapat belajar bagaimana membuat memo atau sirat dengan baik,cuba anda bayangkan jika anda tidak sabar apabila ditegur oleh bos kerana banyak melakukan kesilapan dalam membuat memo dan surat.Pasti sehingga kini anda tidak mampu membuat surat dan memo walaupun sudah bekerja lebih 5 tahun.

Sifat sabar ini juga merupakan power bagi semua para nabi dan rasul,mereka diutus untuk menyampaikan aqidah yang benar kepada masyarakat yang jahil dan mempunyai kehidupan yang amat jauh daripada kehidupan Islam.Sebab itulah para nabi dan rasul diuji dengan pelbagai ujian untuk membuatkan mereka mempunyai jiwa yang penyabar.

Ayuh jadi orang yang sabar!

Rabu, 5 Januari 2011

Merawat Diri Dengan Syukur

Salam kasih sayang buat anda

Alhamdulillah kita masih lagi dapat bertemu di hari ini,kita perlu syukur untuk hari yang lepas,hari ini dan akan datang.

Setiap dari kita pasti ada kekecewaan bukan?mari kita sama-sama rawat kekecewaan tersebut dengan rasa syukur kepada Allah s.w.t.

Anak anda nakal?anda perlu syukur kerana kenakalannya anda boleh mendidik sifat sabar dalam diri anda.Anda kurang duit?asyik tak cukup je,anda perlu syukur kerana anda masih lagi dapat membeli 5kg beras untuk keluarga.

Anda putus cinta?anda perlu bersyukur kerana ada yang sentiasa mencintai anda walaupun anda tidak perlah war warkan bahawa anda mencintainya iaitu Allah s.w.t.

Anda kecewa dengan isteri anda?anda perlu bersyukur kerana isteri anda masih menyediakan sarapan pagi untuk anda.

Anda kecewa dengan suami anda?anda perlu bersyukur kerana suami anda bukan jenis mendera anda secara sepak terajang.

Anda kecewa dengan pekerjaan anda?anda perlu bersyukur kerana ada berpuluh ribu lagi yang tidak bekerja di luarsana

Alhamdulillah Allah s.w.t sebenarnya sedang mengatur yang terbaik untuk kita.

Selasa, 4 Januari 2011

Tambah ilmu kita

Salam ketenangan dan salam kasih sayang buat anda.

Apabila kita ingin dikasihi maka kita perlu mengasihi terlebih dahulu,jika anda ingin dicintai makan mencintailah terlebih dahulu.Apa yang kita beri sama ada baik atau buruk pasti kita akan dapat habuannya.

Ilmu merupakan satu daripada kewajipan kita untuk mencarinya kerana hadis telah menyebut bahawa tuntutlah ilmu dari buayan sehinggalah ke liang lahad.Begitu penting ilmu ini kerana setiap apa yang kita lakukan membabitkan ilmu.Hendak makan anda perlu ada ilmu makan,ilmu menanam dan ilmu mencari duit sebelum dapat membeli makan.

Untuk pos sesuatu barang yang besar memerlukan kita mengisi borang tertentu,jika anda tidak ada ilmu anda akan mengambil masa yang lama untuk selesaikan satu kerja di pejabat pos.

Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah,ilmu fardu ain wajib atas kita menuntutnya seperti ilmu tauhid,ilmu fekah,ilmu tasawuf dan sebagainya.Ilmu fardu kifayah pula adalah ilmu dimana hanya perlu seorang yang menguasainya maka ynag lain terlepas dari tanggungjawab itu contohnya ilmu menguruskan mayat.

Ilmu terlampau luas untuk kita terokai,cuba terokai diri anda sendiri....tarikh lahir anda...nama anda semuanya mempengaruhi anda....

Isnin, 3 Januari 2011

Bagaimana kehidupan kita hari ini

Salam keharmonian dan kasih sayang kepada sahabat semua

Alhamdulillah pada pagi ini kita dapat lagi meneruskan kehidupan, lagi cantik jika kita mulakan hari ini dengan doa bangun tidur sebagai tanda syukur kita kepada Allah s.w.t yang sentiasa menjaga kita.Bayangkan jika Allah s.w.t biarkan kita selama setengah jam,sudah pasti kita semua akan mati kerana tidak ada lagi bekalan oksigen dan sistem saraf kita akan stop kerana tidak mendapat bekalan oksigen.

Bagaimana kehidupan kita sekarang?cuba kita lihat diri kita dari semua aspek,adakah kehidupan kita macam itu sahaja atau semakin cemerlang atau semakin teruk.Soalan ini sebagai muhasabah kita terhadap apa yang telah kita lakukan untuk kehidupan kita.Ada yang menghancurkan kehidupan mereka,ada yang baru hendak mengorak langkah dan ada di saat ini sedang kecundang.

Untuk memperbaiki kehidupan kita supaya menjadi lebih baik dan terus cemerlang mulakan dengan solat sunat taubat,minta ampun kepada Allah s.w.t kerana ujian dan kecelakaan itu kekadang berpunca daripada dosa kita yang silam.

Setelah itu cuba perhatikan ibu bapa kita,adakah mereka meredhai kita.Tanya kepada ibu bapa kita ada atau tidak kita buatkan mereka berkecil hati dengan kita.Jika ada segeralah minta maaf kerana ramai yang tidak sedar bahawa keredhaan ibu bapa kita memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita.Bahagia atau celaka hidup kita bergantung redha mereka kepada kita. Walaupun ibu bapa kita tidak Islam layanlah mereka seperti biasa mengikut lunas-lunas Islam

Bagaimana dengan silaturrahim kita dengan jiran tetangga atau saudara mara dan sahabat handai?jika sudag lama tidak bertegur sapa mula kan hari ini.Jangan berat untuk memberi salam.

Anda ingin berubah?cubalah perkongsian ini

Apa erti kebahagiaan

Salam hari isnin malam selasa,bagaimana anda hari pertama bekerja di tahun baru?

Mungkin ada yang mulakan hari ini dengan perasaan yang bersemangat dan ada juga yang mulakan hari ini dengan lemah dan malas.Tidak mengapa kerana ini adalah lumrah kita sebagai manusia.Kadang-kadang kita rasa bersemangat kadang-kadang kita rasa lemah untuk memulakan hari.

Setiap dari kita ada satu perkara yang menyebabkan kita bersemangat bukan?maka jadikan ianya satu booster untuk kita bersemangat dipagi hari. Sebelum memulakan hari anda niatkan untuk jadi yang terbaik.Cuba lihat apa yang berlaku pada hari tersebut.Semoga ada baiknya untuk anda.

Kebahagiaan kita berlandaskan apa?setiap dari kita ada pendapat masing-masing tentang kebahagiaan.Bagi saya kebahagiaan itu adalah kita mendapat dan merasai kasihnya Allah s.w.t kepada kita.Apabila kita mengangkat tangan Allah s.w.t perkenankan dan ketika kita susah Dia lah yang menghiburkan kita.

Bagaimana anda?

Sabtu, 1 Januari 2011

Makan angin biar berpada

Salam hari ahad buat anda,bagaimana tahun baru anda hari ini?saya doakan anda sentiasa bahagia dengan kehidupan anda walau apapun ujian dalam hidup anda.

OK saya yakin bahawa hujung minggu seperti ini anda akan makan angin di mana-mana untuk merehatkan minda dan bersuka ria.Cuma kita sebagai muslim perlu ingat bahawa apa jua yang kita lakukan mesti ada kaitan dengan ibadah.

Oleh itu ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan,yang asas sahaja saya kongsikan.
Pertama tetapkan kemana anda hendak pergi,dan berapa jarak.Jika jauh maka setting awal-awal niat untuk solat jamak dan berhenti dimana.

Pastikan betul-betul tempat yang dituju,jangan pergi ke tempat yang tidak dirancang kerana jika kita tidak merancang maka kita kan bazirkan banyak masa.

Semasa dalam perjalanan pastikan anda membaca doa naik kenderaan paling asas,atau nak lagi bagus bacakan al-fatehah,ayatulkursi dan 4kul.semoga Allah s.w.t melindungi perjalanan kita.

Akhir sekali niatkan perjalanan anda kerana hendak menjalinkan silaturrahin,atau memikirkan keindahan ciptaan Allah s.w.t.Jangan banyakkan bersuka ria sangat sebab ditakuti akan diiringi dengan tangisan.

Semoga perkongsian kali ini bermenfaat untuk anda dan diri saya sendiri.

Salam kasih sayang^_^