Ahad, 9 Januari 2011

Tekanan punca kita sakit

Salam hari isnin,mulakan pagi ini dengan nama Allah s.w.t semoga segala kerja kita diberkatiNya.

Ok,untuk hari ini saya kongsikan satu info dimana mungkin anda sudah tahu atau anda belum tahu lagi.Kita semua akan tertekan setiap hari bukan?motor pancitpun satu tekanan buat kita menjadikan hati kita tidak tenang dan kita terpaksa kerah tenaga yang banyak untuk selesaikan masalah motor pancit ni.

Cuba anda bayangkan apa yang terjadi ketika anda tertekan dengan sesuatu masalah? jantung anda berdegup kencang, berpeluh tak pasal-pasal, badan sakit-sakit.Ini yang berlaku ke atas diri saya sendiri.Jangan hairan ada yang terkena sakit jantung tiba-tiba dan rebah menyembah bumi kerana tekanan yang merempuh dirinya amat kuat dan hebat.Sekuat mana pun kita jika tekanan itu seperti badai sunami maka kita akan rebah juga satu hari nanti.

Cara penyelesaiannya kita perlu cari ketenangan,yang utama dekatkan diri kita kepada Allah s.w.t kerana Dialah sumber kekuatan dan ingatlah Dia yang aturkan ujian kepada kita dan mesti ada tujuannya.Cuma kita perlu harungi dan belajar sesuatu daripada ujian tersebut.

Jangan malu istighfar di depan PC anda,sambil berjalan berselawat dan masuk tandas dengan doa kerana ini lah kekuatan kita.


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    sakit hati bkn sahaja berpunca dari tekanan... malahan juga boleh berpunca dari cara kita berfikir... ini kerana jika kita tidak mengizinkan minda kita untuk berfikir dgn tenang... maka timbul lah rasa tertekan... lantas bisa mengundang hadirnya sakit hati... dan pelbagai lagi perkara yg tidak kita ingini... termasuklah dosa kepada Allah "ya rob"... sejahtera di ucapkan pada penulis... karya anda secara tidak langsung mampu di jadikan iktibar... alhamdulillah... amin...

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam sahabat

    Saya setuju dengan pandangan sahabat,berfikir positif lebih susah daripada berfikir negatif. Semoga kita kuat mengahadapi ujian dalam kehidupan dan terima kasih kerana menghargai penulisan saya yang tak seberapa ni^_^

    BalasPadam