Rabu, 24 Februari 2010

Panas yang terik

Malaysia dilanda musim panas sejak kebelakangan ini,para pengkaji cuaca menyatakan bahawa perkara ini adalah biasa diawal tahun.Mungkin ada kebenarannya walaupun hujan kerap juga turun di kawasan saya ini.

Saya ingin mengajak sahabat semua berfikir tentang kejadian ini dari sudut iman.Mengapa Allah memberikan kita cuaca sebegini.Panas sebenarnya berkaitan dengan kesabaran.Panas berkaitan dengan ujian.

Ujian semakin berat bagi kita yang beriman.Yakinlah bahawa ujian ini akan meningkatkan iman dan darjat kita di sisi Allah.Paling beruntung di kala musim panas ini adalah peniaga cendol dan ABC kerana merekalah tempat yang dituju oleh manusia yang kehausan.

Nikmat panas ini juga dirasakan amat bagus dirasakan oleh penjual aircond,pastinya ramai yang berpusu-pusu hendak mendapatkan aircond.

Sesungguhnya setiap ujian Allah itu tiada yang sia-sia

Ahad, 21 Februari 2010

Kehebatan seorang isteri

Wanita merupakan satu makhluk ciptaan Allah yang amat indah bagi sesiapa yang berfikir tentang kejadian-kejadian yang Allah telah ciptakan.Nabi Adam berasa sunyi ketika baginda berseorangan di dalam syurga,maka Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuknya untuk menjadi teman kepadanya.

Sekadar mengimbau sejarah yang setelah sekian lama terbuku.saya ingin membawa kepada sahabat-sahabat semua berfikir tentang wanita.Tapi dari aspek positif ya^_^

Bayangkan dunia ini tanpa wanita
Bayangkan hanya ada lelaki di dunia ini

Pengorbanan seorang wanita dapat di lihat semasa mengandungkan anak hasil daripada syariat pernikahan yang suci.Seorang wanita yang belum disentuh semasa zaman bujangnya merasakan sesuatu yang amat malu apabila berhadapan dengan suamunya ketika malam pertama.mereka akan berperang dengan perasaan sendiri.

Setelah selesai dengan satu pengorbanan yang memmbabitkan jiwa,perjuangan wanita bermula dengan menjaga suami yang tidak pernah dikenali nya sebelum ini.segala urusan rumah tangga si isteri yang akan ambil perhatian berbanding suami.

Kemuncak kepada pengorbanan seorang isteri apabila disahkan mengandung oleh doktor. Bermacam-macam yang akan ditanggung si isteri berupa keperitan dan kepayahan. Pengubatnya adalah kelahiran si comel dihadapan mata dalam keadaan sihat sejahtera.

Buat para isteri,semoga kalian semua sentiasa dalam redha Allah,dan carilah redha suami mu untuk mendapatkan syurga Allah

Selasa, 16 Februari 2010

Lihatlah dunia dan anda

Salam motivasi dan salam ketenangan buat sahabat semua.

Sejak akhir-akhir ini mahkamah dinegara kita digegarkan dengan isu yang sememamngnya hangat.Tapi saya tidak berminat dengan isu tersebut,apa yang saya ingin kita sama-sama fikir adalah apakah yang berlaku disekeliling kita dan kaitkan dengan agama.

Agama Islam telah jelas dan telah mengatur segala keperluan kita sama ada zahir dan batin cuma kita sama ada hendak amal atau tidak.Keadaan dunia sekarang ini semakin kritikal dengan kerosakan,akan tetapi dalam senyap-senyap kebenaran dan keagungan Islam semakin kuat tanpa kita sedar kerana di akhir zaman inilah Islam akan memerintah dunia semula

Pejuang-pejuang Islam semakin menambah kekuatan dalam mengharungi ranjau nafsu dan kuffar.Jangan lagi kita hanyut dengan keenakan dunia yang sememangnya lazat berkerim,tapi hanyutkan diri kita dengan mujahadah ke jalan Allah.

Semoga perjalanan kita pada hari ini sentiasa menujuNya

Ilahi anta maksudi waridhaka matlubi.

Ahad, 7 Februari 2010

Ini zaman ilmu bukan harta

Menjadi sikap manusia dimana amat sukakan harta,cintakan harta dan kalau ada matlamat pun akan menuju kepada harta.Zaman telah silih berganti, semenjak dari zaman nabi adam sehinggalah ke zaman umat nabi muhammad s.a.w ini,harta memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia.Sememangnya apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini pasti akan melibatkan harta dan duit.

Akan tetapi perjalan hidup kita akan lebih mantap dan bererti sekiranya kita berjalan atas ilmu yang diredhai oleh Allah S.W.T.Bagaimana mengalahkan nafsu?pastinya dengan ilmu.
Bagaimana hendak kaya?semestinya dengan ilmu.

Ilmu pula ada yang positif dan negatifnya,kalau ilmu mencuri itu pada zahirnya dikatakan ilmu yang negatif tapi bagi mereka yang bersifat positif pasti akan menganggap ilmu mencuri itu satu yang positif.Paling tak pun kita boleh bersiap sedia untuk menghadapi pencuri itu.

Ilmu yang paling berkat adalah ilmu yang ada susur galurnya dengan Rasulullah S.A.W.
semoga kita sama-sama dapat kan ilmu ini walaupun terpaksa berkorban harta.

Rabu, 3 Februari 2010

Ilmu tersangat la luas

Semalam saya dapat bersama bos pergi ke sebuah tempat penjagaan anak-anak yatim, dimana bos saya telah diamanahkan oleh tuan gurunya untuk menyedekahkan sebahagian hartanya tanpa memberitahu apakah sebabnya di suruh melakukan amalan tersebut.



terfikir di hati benak saya bahawa manusia-manusia pilihan Allah ini mempunyai cara tersendiri mendidik sesiapa sahaja yang menyerahkan diri nya untuk mendapat Makrifatullah. kadang-kadang cara yang diajar melampaui batasan fikiran kita sebagai seorang manusia biasa.



Apa yang kita perlu sedar adalah perjalanan menujuNya perlukan seorang guru yang bertaraf mursyid, yang telah menempuh semua tingkatan darjat.



Kesakitan....kepedihan.....adalah asam garam dalam munuju Allah....pastikan kita sentiasa berada dalam ujian untuk memastikan kita benar-benar hamba Allah yang beriman.

Isnin, 1 Februari 2010

Manusia yang degil

Menjadi sifat manusia itu degil, degil bermaksud melakukan perkara yang ditegah orang lain. Selalu yang disebut-sebut sebagai degil ini ialah kanak-kanak yang melakukan perkara yang dilarang oleh ibu bapa mereka.

akan tetapi kedegilan yang paling memuncak adalah kedegilan kita kepada Allah yang menciptakan kita. Manusia degil dalam mentaati Allah,sentiasa melakukan laranganNya. Perkara yang disuruh kita tak buat tapi perkara yang dilarang sentiasa lahir dari fizikal kita.

bagaimana hendak membuang sifat degil ini?
Sifat ini boleh diatasi dengan menerapkan sifat ketaqwaan,taqwa bermaksud patuh dan tunduk pada Allah Rabbil Alamin.

Melakukan perkara yang dipandang rendah oleh manusia adalah satu mujahadah yang mampu mengubah hati yang keras dan berkarat kepada hati yang merendah diri kepada Allah.