Isnin, 1 November 2010

Belajar dari kesusahan

Salam kasih sayang dan kecemerlangan buat anda

Kasih sayang adalah hak milik setiap insan, kecemerlangan juga adalah hak setiap insan. Mengapa saya katakan sedemikian?kerana semua itu ada pada kita.Kasih sayang ada pada kita, manakan tidak haiwan pun ada perasaan kasih sayang.Begitu juga kecemerlangan.Kita adalah satu-satunya benih yang berjaya berjuang untuk menjadi manusia.Bersyukurlah pada Allah s.w.t yang telah mengatur segalanya untuk kita.

Kita semua dalam keadaan susah bukan?selalunya apabila disebut susah bermaksud kurang duit atau tidak kaya.Itulah persepsi kita apabila menyebut tentang susah.Sebenarnya kesusahan itu hak bagi setiap insan.Walau sekaya mana pun seseorang dia masih ada kesusahan.Contohnya dia ada kereta mewah tetapi sudah tidak mampu untuk memandu dan hanya bergantung kepada orang lain iaitu driver.Maka itulah kesusahan dari sudut orang kaya.Susah untuk menjaga harta juga penyakit orang kaya.

Bukan niat saya untuk memperlekeh kekayaan itu tetapi saya ingin sedarkan kita semua bahawa setiap manusia ada ujian dan kesusahan mereka sendiri.Oleh itu cara untuk menjadikan kita kuat dalam menghadapi apa juga kesusahan dalam hidup kita adalah ingat bahawa setiap orang pasti ada masalah.

Kadang-kadang penyelesaian itu ada hanya pada hujung jari kita sedangkan kita puas mencari orang luar yang boleh membantu kita.kita sebagai umat Islam perlulah yakin bahawa setiap yang berlaku pada kita adalah ketentuan dariNya.Kita semua inginkan kebahagiaan yang berkekalan dan keamanan sepanjang hayat.Akan tetapi rancangan Allah s.w.t adalah lebih hebat daripada kita.

Yakinlah kita pasti bertemu jalan untuk mendapat kebahagiaan setelah beribu-ribu kesusahan melanda diri kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan