Ahad, 3 Oktober 2010

Perjuangan Dalam Ekonomi


Salam kemakmuran dan kesejahteraan

Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam, kerana jika hari ini lebih teruk dari semalam kita adalah umat Islam yang agak teruk.

Isu makanan semakin hebat diperkatakan di kala ini kerana umat Islam semakin terdedah isu seperti ini.Terimakasih kepada penyampai seperti ustaz-ustaz dan usahawan-usahawan muslim yang tidak henti-henti mendedahkan situasi terkini makanan umat Islam dan hal ehwal halal dan haram.

Kita sedar atau tidak kebanyakan makanan umat Islam dihasilkan oleh bukan Muslim. Dari makanan baby seperti susu sehinggalah makanan berat seperti tepung gandum semuanya diusahakan oleh bukan muslim. Sedangkan kita sedar bahawa Islam amat menitik beratkan tentang makanan halal dan haram. Islam menekankan bab makanan kerana makanan kita akan mempengaruhi badan kita, akhlak kita dan masyarakat kita umumnya.

Kesan makanan yang syubhah dan haram dapat kita lihat dengan keruntuhan moral anak-anak muda kita begitu juga orang-orang tua.Masyarakat kita seolah-olah sudah kembali kezaman jahiliah yang mengutamakan nafsu semata-mata.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang bercita-cita untuk memberi kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya pengusaan ekonomi bagi umat Islam.Cita-citanya mahu umat Islam berniaga barangan dari luar rumah sehinggalah barangan rumah fokusnya ialah makanan.

Semoga Allah s.w.t membatu beliau dan rakan-rakan seperjuangan. Kita perlu sedar bahawa orang bukan Muslim tidak mampu menjaga makanan orang Islam.Kitalah yang bertanggungjawab keatas makanan kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan