Rabu, 15 Disember 2010

Ketika kita menghadap makanan

Salam bulan muharram,semoga anda hari ini lebih cemerlang daripada semalam.Ini doa saya kepada anda untuk hari ini.

Perjalanan hidup kita diteruskan lagi,kali ini menyingkap satu perbuatan yang boleh dikatakan wajib dilakukan oleh kita semua tidak kira kaya atau miskin iaitu makan. Makan merupakan perkara harus sahaja dalam Islam, maksud harus adalah anda buat tidak ada pahala tinggal pun tidak ada apa-apa untuk anda di sisi Allah s.w.t. Kekadang harus ini boleh jadi sunat,makruh dan haram mengikut keadaan.Kuat makan sehingga berpenyakit maka hukumnya haram kerana memudaratkan diri,makan kerana untuk dapat tenaga bagi bekerja atau beribadah maka jadilah ia sunat.

Ketika kita mengadap apa sahaja rezeki yang Allah s.w.t hidangkan pada kita apa yang kita fikirkan?Jika anda bersyukur terlebih dahulu maka anda hamba Allah s.w.t yang baik dan jenis yang pandai bersyukur kerana dikurniakan rezeki.Bagi anda yang terus belasah makanan tersebut apa yang ada dalam fikiran anda?makan sekadar untuk menghilangkan lapar atau makan kerana hobi?

Rasulullah s.a.w merupakan contoh yang terbaik,baginda mengajar kita etika sebelum,sedang dan selepas makan.Kita disunatkan berdoa sebelum makan sebagai tanda kita mengingati yang Maha Pemberi rezeki dan ingat malaikat mana yang menyampaikan rezeki tersebut. Semasa makan nabi mengajar kita untuk berhenti sebelum kenyang.Mengapa?kerana jika kita makan berlebihan maka kita akan jadi malas,tidak ada kelazatan dalam beribadah dan banyak penyakit. Sesungguhnya penyakit itu berpunca daripada perut.

Rasulullah s.a.w tidak pernah memberikan komen macam-macam terhadap makanan yang dihidangkan,apa yang terhidang diterima dengan redha kerana itulah rezeki ketetapan Allah s.w.t kepada hambanya.Apabila menerima tetamu yang bertandang Rasulullah akan menghidangkan makanan yang terbaik yang baginda ada,berbeda dengan kita yang memnyorokkan makanan yang sedap daripada tetamu.Apabila makanan itu dimakan pula secara beramai-ramai maka bertambahlah berkatnya.

Mulai hari ini ubah cara kita makan,bacalah doa,makanlah ala kadar dan jangan banyak komen tentang makanan yang dihidangkan.Anda hebat jika anda buat sunnah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan