Khamis, 2 Disember 2010

Bantu orang ikut kemampuan

Salam pagi jumaat

Semoga anda sentiasa dalam rahmat dan redha Allah s.w.t.
Perjalanan hidup ini perlu diteruskan selagi kita masih dapat menyedut udara dan merasai sejuknya air pada waktu pagi. Semalam sudah kita lalui dengan jayanya dan pada hari ini kejayaan itu pasti akan datang.

Ramai yang punyai sikap positif berbanding sifat negatif sebenarnya, mengapa saya berkata sedemikian?kerana fitrah manusia itu adalah baik.Taat pada Allah s.w.t dan berjanji akan buat baik sebelum lahir ke dunia.Begitulah sikap manusia sebenarnya inginkan kebaikan walaupun diri kita jahat.

Pernah ada seseorang minta bantuan anda?sekiranya anda benar-benar seorang yang baik anda akan membantu beliau dengan sungguh-sungguh kerana itulah kepuasan bagi anda. Akan tetapi pertolongan itu adakah semestinya kita penuhi?atau ada hadnya?

Melalui pengalaman kehidupan saya pertolongan yang kita berikan mesti ada hadnya. Yang pertama kita perlu pastikan bahawa pertolongan yang akan kita berikan adalah kita mampu lakukan dan tidak membebankan kita. Banyak perkara yang kita buat atas dasar tolong yang membebankan kita contohnya menjadi penjamin bagi pinjaman dan sebagainya.

Seterusnya pertolongan yang anda berikan itu kepada siapa?pastikan yang anda tolong adalah manusia yang kenal erti kemanusiaan.Mengapa?kerana ada manusia yang kita bagi madu tetapi dibalas dengan racun.berhati-hatilah sahabat.

Buat yang terakhir pastikan masa pertolongan itu dan tempatnya.Sekiaranya anda dalam keadaan kelam kabut dan tertekan jangan berikan pertolongan kerana dibimbangi anda membuat keputusan yang salah.Dan anda perlu pastikan dimana kawasan anda memberikan pertolongan.adakah ditempat yang sunyi.....(kes kereta rosak) atau dikawasan terbuka.

Semoga kehidupan kita semakin cerah dan berwarna warni. Anda hebat kerana Allah s.w.t jadikan anda hebat.Pecayalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan