Jumaat, 25 Disember 2009

Bagaimana menjadikan kerja sebagai sesuatu yang seronok

Salam motivasi buat semua

Apa khabar sahabat di luar sana. Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang kerja yang kita buat hari-hari. Saya yakin dan percaya kita semua mempunyai kerjaya masing-masing. Tidak kira apa jawatan kita, atau ada juga diantara kita yang bekerja sendiri. Ini juga dikira sebagai bekerja, tapi dikira sebagai bekerja sendiri lah^_^

Ok jika kita cek semua,bermula hari bekerja adalah setelah bangun di waktu pagi. Tanda seseorang yang seronok bekerja adalah bangun awal dengan ceria. Saya yakin ramai diantara kita yang susah hendak bangun pagi kerana pekerjaan yang dilakukan setiap hari adalah kerana terpaksa. Bukan dengan sukarela. Inilah batu penghalang mengapa kita berat untuk pergi kerja.

JAdi apakah perkara yang menyebabkan kita akan bersemangat untuk pergi kerja? jawapannya adalah seperti berikut:

(1) Kita akan bersemangat jika kita melakukan kerja yang amat kita suka

(2) Sesuatu yang kita suka selalunya hobi kita

(3) Sesuatu yang kita sering terleka adalah sesuatu yang kita suka

(4) Sesuatu yang kita buat dengan suka rela tanpa meminta apa pun ganjaran

Ramai orang-orang yang berjaya menjadikan hobi mereka sebagai kerjaya. Jadikan landasan ini untuk kejayaan kita dan menjadikan diri kita jutawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan