Isnin, 7 Mac 2011

ketika di timpa musibah dan ketika berlalu musibah

Asalamualaikum dan selamat pagi sahabat semua

Kita mulakan hari ini dengan syukur kepada Allah s.w.t dan kita tambah dengan sedikit ketawa untuk memulakan hari kita dengan harapan akan berkekalan kita dalam kegembiraan dan keceriaan.Dalam seminggu ada 7 hari apa salahnya kita jadikan 5 hari sebagai hari paling gembira untuk kita.

Saya ada seorang sahabat seperguruan dan satu tempat kerja yang sedang sakit,doktor menyatakan ada simtom terkena penyakit denggi berdarah tetapi belum mendapat keputusan yang sebenarnya.apa yang saya lihat sahabat saya ni seorang yang amat ceria dan bersemangat setiap hari begitu juga ketika pergi ke tempat perguruan untuk menadah kitab.akan tetapi kusangka cerah sehingga ke petang tetapi hujan di tengah hari, sahabat saya mendapat demam dan batuk juga selsema yang tidak kebah-kebah selama sebulan lamanya.

Wajahnya tidak lagi ceria dan selalu mengeluh apabila berjumpa dengan saya, perkataan yang selalu diungkapnya ialah apalah nasib saya ustaz.....satu keluhan yang agak mengecewakan saya kerana tidak sepatutnya insan seperti dia mengeluh atas ujian yang Allah s.w.t berikan. Kerana apa saya mengatakan tidak patut?

Kerana sebelum ditimpa ujian telah banyak nikmat yang Allah s.w.t berikan padanya. Nikmat kesihatan yang tiada tandingan,kerana beliau memberitahu kepada saya bahawa sepanjang hidupnya dia tidak pernah pergi kehospital! cuba sahabat semua bayangkan, hebat bukan? sekarang beliau diuji dengan masalah kesihatan.Sepatutnya beliau rasa bersyukur diatas apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. Mungkin sudah tiba masanya untuk DIA mengambil semula hak nya.

Begitulah sikap manusia yang lemah,apabila ditimba ujian terus mengeluh tetapi semsa diberi nikmat tidak pula mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.Sahabat semua....sama-sama kita beringat setiap kali ditimpa ujian dan mendapat nikmat ingatlah Allah.....Allah....Allah....Dia tidak akan meninggalkan kita sepertimana makhluknya....

1 ulasan:

  1. kadang-kadang manusia sering terlupa yang semua yang kita ada nie bukan milik kita sebenarnya..

    BalasPadam