Selasa, 31 Januari 2012

Pesanan ku buat semua

Asalamualaikum sahabatku semua yang masih sudi menjelajah blog ini walaupun sudah sekian lama saya tidak mengupdate apa-apa di sini. Memandangkan banyak halangan untuk saya menukilkan sesuatu setiap hari, saya perlu bersusah payah untuk bertemu dengan sahabat semua dengan satu niat iaitu untuk menjalinkan ukhuwah fillah.

Sepanjang perjalanan hidup kita ini banyak yang perlu kita pelajari dan hadapi akan tetapi jangan kita sampai terleka dengan ujian dan pembelajaran sehingga melupakan tugas WAJIB kita di dunia ini, iaitu beribadah kepada Allah s.w.t.

Walau dimana kita berada jangan lupa untuk menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya kehidupan,ianya menghidupkan hati yang mati dan memberi peringatan kepada kita dan menjaga diri kita.

Sesungguhnya iman itu sentiasa akan diuji oleh Allah s.w.t sebagai tanda kecintaan kita kepadaNya dan syaitan pula menduga keimanan kita dengan menghidangkan dunia yang sangat lazat dihadapan kita.Jangan biarkan diri kita hanyut dengan dunia yang melakakan sehingga kita mampu tersedar 5saat daripada saat kematian kita,itu sangat merugikan....

Rabu, 14 Disember 2011

perasaan rendah diri

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana masih sayangkan kita walaupun pada hakikatnya kita tidak layak untuk mengecapi segala nikmat kurniaanNya.

Walaupun kita sudah lama tidak bersua di dalam blog ini doa saya tetap bersama pembaca blog ini. Semoga anda semua kuat untuk menghadapi segala ujian.

Perasaan rendah diri adalah satu sikap yang positif sebenarnya kerana sikap ini sangat bagus untuk mendekatkan kita dengan Rab...Tuhan kita... perasaan ini jika kita atur sebaiknya akan membuatkan kita disegani oleh semua makhluk dan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Kita merendah diri ddihadapan Allah s.w.t mengaku diatas segala dosa yang kita ulang saban hari, kita mengaku bahawa nikmat Allah s.w.t sangat banyak dan kita tidak mampu membayarnya. Kita mengaku bahawa Dialah yang menguasai diri kita dan seluruh alam sarwajagat ini.

Perasaan rendah ini akan menjadi negatif apabila kita merasakan dosa yang kita pikul atau kesilapan yang kita pukul, kehilangan yang kita pukul membuatkan kita rasa tidak layak lagi untuk hidup di dunia ini lagi, kita tidak layak dimiliki sesiapa di dunia ini dan kita merasakan kesilapan kita menghantui diri kita. Perasaan ini jika kita layan dan kita berikan baja yang menyuburkan akan menyebabkan diri kita dikawal oleh emosi yang diterajui oleh Syaitan yang sentiasa hendakkan kita putus asa dengan kehidupan ini dan tidak mahu lagi hidup bertuhan.

Jangan biarkan diri kita kalah dengan ujian ini...Allah bersama kita...Allah sayang kita...

Isnin, 21 November 2011

perasaan cinta

Asalamaualaikum sahabat semua

Saya mendoakan anda dalam keadaan yang saaaangat baik walaupun kita sebenarnya banyak masalah hidup.

Hari ini saya ingin kongsikan tentang perasaan kerana perasaan juga kadang-kadang menjadi ujian buat kita. Perasaaan yang saya ingin kongsikan adalah perasaan cinta. Siapa yang belum pernah bercinta angkat tangan?^_^ Saya yakin bahawa semua orang ada perasaan cinta dan ingin dicintai.

Kita berhak mencintai sesiapa pun, tetapi kita perlu ingat perlu ada di dalam lubuk hati kita satu cinta yang mengatasi cinta yang lain iaitu cintakan Allah. Cinta itu adalah satu anugerah yang perlu kita syukuri dan nikmati, sememangnya ia amatlah indah sehinggakan cinta mampu membuat satu perubahan yang sangat dasyat keatas pemiliknya.

Orang yang sakit boleh jadi sembuh kerana cinta, orang yang tidak bermotivasi boleh jadi power oleh kerana cinta. Semoga cinta yang sedang kita peluk adalah cinta yang membawa kita kepada positif. Saya masih ingat novel kedua yang saya baca selepas Konserto Terakhir iaitu novel ayat-ayat cinta. Mungkin ramai yang telah memilikinya, dan ramai juga mungkin yang mengaplikasikan novel ayat-ayat cinta dalam kehidupannya. Rasailah keindahan cinta dengan membaca novel tersebut...semoga air mata cinta yang dititiskan mampu memberikan kebahagiaan untuk kita semua amin....amin....jika tidak di dunia pasti diakhirat....

Selasa, 15 November 2011

perasaan bersyukur

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah,Allah s.w.t itu sangat sayangkan hamba-hambaNya walaupun tidak beriman apatah lagi yang telah beriman.

Berapa banyak nikmat yang kita sedang gunakan dengan free? nikmat sihat, nikmat makan, nikmat ketawa, nikmat happy, dan banyak lagi nikmat yang datangnya dari mana? jawapannya adalah Allah...

Akan tetapi sifat manusia sering tidak sedar diri bahawa dia adalah miskin dan papa kedana sebenarnya,dan yang kaya hanyalah Allah s.w.t. Ramai yang kaya menyangka bahawa dia ada segalanya sedangkan dia hanyalah siapa?

Bagi yang sedang dalam kemiskinan merasakan Allah s.w.t itu tidak adil kerana membiarkan mereka miskin sedangkan berapa banyak bikmat yang diberi tanpa ada bayaran?

Tidak kira siapa kita, kaya atau miskin yang penting kita ada perasaan bahawa kita semua miskin pada hakikatnya dan yang kaya hanyalah ALlah s.w.t. Banyakkan bersyukur diatas segala nikmat kerana perasaan syukur itu adalah kekayaan yang sebenarnya

Rabu, 9 November 2011

Jom berpesan-pesan

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah sepanjang pertemuan kita di dalam blog ini, pasti ada sesuatu yang kita dapat kongsikan dan selalunya berkaitan dengan pengalaman hidup saya. Semoga anda menjadi lebih kuat dan hebat dalam menjalani hidup di dunia ini.

Di dalam Al-Quran ada menyebut di dalam surah Al-Asr (MAsa) Allah s.w.t memberitahu kepada kita bahawa orang-orang yang rugi adalah orang yang tidak berpesan-pesan kepada kebenaran. Apakah kebenaran itu? kebenaran adalah apa sahaja yang mengikut Al-Quran dan sunnah, pendapat ijma' ulama' dan perkara-perkara yang sememangnya benar.

Kita katakan jangan mencuri kerana berdosa, larangan Allah. Itu adalah contoh menyatakan kebenaran. Walaupun yang memberitahu kita itu adalah seorang yang jahat pada pandangan kita atau hina pada pandangan kita, nasihat yang benar itu tetap kita perlu terima.

Jika masyarakat semua menyatakan kebenaran walau dimana-mana insyaallah masyarakat kita akan lebih aman dan sejahtera. Tetapi pada hari ini kita ada sifat engkau-engkau aku-aku. Sama-sama kita fikirkan

Khamis, 3 November 2011

Menfaatkan hari ini kerana?

Asalamualaikum sahabat semua

Syukurlah diatas segala nikmat yang dikurniakan semoga bertambah nikmat yang kita peroleh. Kita sedang berada dalam bulan zulhijjah dimana pada bulan ini umat Islam menjalankan ibadat rukun iman yang ke 5 iaitu menunaikan haji di baitullah Mekah. Berazam lah kita sama-sama untuk kesana, niat itu amat penting disampaing usaha kita untuk kesana.

Berkesempatan pada hari ini adalah hari dimana doa dimakbulkan,iaitu para jemaah haji akan pergi ke padang arafah. Kita disini jangan goyang kaki sahaja kerana masih ada sesuatu yang kita boleh usahakan,berdoalah pada hari ini kerana ianya adalah mustajab insyaallah. Kepada yang tidak ada anak, ada masalah yang belum selesai, hanya Allah s.w.t sahajalah yang mampu membantu kita sebenarnya kerana Dialah tempat segala makhluk bergantung

Rabu, 2 November 2011

Mari Berubah Bersama Saya

Asalamualaikum sahabat semua

Saya ingin mengumumkan satu perkara, jika anda mahukan perubahan dalam hidup dengan menjalankan perniagaan, saya menjemput sahabat-sahabat semua dengan ketetapan berikut:-

1- 28/11/2011 Isnin
2- Dewan Orang Ramai Ampang
3- 2 Pakar Motivasi akan memberikan talk tentang perniagaan
4- Makanan disediakan
5- Peluang perniagaan
6-Bayaran rm30 sahaja

Sekiranya anda berminat sila emailkan nama, no tel dan bilangan yang ingin join pada email nusmaconsult@gmail.com tajuk email ialah Join Talk Motivasi

Sekian wassalam