Isnin, 13 Ogos 2012

Allah s.w.t rindukan kita

Asalamulaikum sahabat semua,

Subhanallah...walhamdulillah...walailahaillallah...Allahuakbar...kita dapat bertemu kembali di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Bagaimana dengan Ramadhan sahabat semua? makin bagus atau makin teruk dari tahun lepas?^_^ jika masih belum mendapat tahap yang kita kehendaki, masih belum terlambat kerana Ramadhan masih ada bakinya pada tahun ini.

Baju baru bukan matlamat kita, rumah cat baru bukan matlamat kita, langsir baru bukan matlamat kita, yang menjadi matlamat kita ialah bebas daripada azab api neraka. Amin...

Ramai yang mengadu dengan saya tentang masalah kehidupan mereka sehinggakan mereka menganggap saya ini tidak ada masalah, saya ini bukan manusiakah?^_^ saya juga manusia biasa yang kekadang terjatuh juga dalam arus yang deras kehidupan. Apa yang menjadi kekuatan saya ialah Allah s.w.t sahaja. Mengapa Allah s.w.t memberi ujian pada kita? salah satunya ialah kerana DIA sangat rindukan kita, DIA rindu kita bermunajat padaNya, DIA rindu kita memujiNya, DIA rindu kita bercakap-cakap denganNya. Tetapi manusia itu buta, buta siapa diri dia dan dia ada apa.

Wahai sahabat, jangan kita kalah dengan ujian hidup ini, jangan jadikan membunuh diri satu terapi kehidupan tetapi jadikanlah Allah s.w.t sebagai terapi dalam kehidupan kita agar kita menang di dunia menang di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan