Selasa, 22 September 2009

Adakah kita lemah?

Mungkin ada diantara kita yang menganggap diri mereka lemah,tidak kira dari segi akademik, fizikal,kewangan,pangkat dan sebagainya.Pemikiran seperti ini sebenarnya akan merosakkan diri kita malahan keseluruhan kehidupan kita.Mengapa saya berkata sedemikian?kerana kehidupan ini adalah sesuatu yang amat mencabar,walaupun perbuatan kita hanya hendak mencari sesuap nasi untuk dimakan pada tengah hari ini.Cuba kita fikirkan bersama dari mana datangnya nasi tersebut,dari mana datangnya ikan,dan dari mana datang nya milo ais.

Sebenarnya semua itu perlu menjalani proses yang merumitkan dan memerlukan daya yang cukup kuat untuk dihasilkan dan kita perlu kuat untuk mendapatkannya.Allah S.W.T telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian dan kita perlu ingat bahawa diri kita ini adalah yang terbaik.Apabila kita memikirkan bahawa diri kita ini adalah yang terbaik maka tidak akan ada sifat merasakan dirinya lemah.

Kita adalah yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan