Khamis, 10 September 2009

Dahaga Ilmu Agama

Salam ketenangan buat sahabat semua
Ilmu agama semakin ditinggalkan kini.
Akan tetapi kesedaran terhadap ilmu agama juga ditahap yang tinggi, buktinya dimasjid-masjid banyak diadakan majlis ilmu dan hadirin yang datang juga ramai.Bagi sesiapa yang kakinya sentiasa kemasjid atau surau sudah semestinya sentiasa dicurai lautan ilmu daripada para da'e yang sentiasa bertebaran dimuka bumi Allah ini.
Apalah yang kita ingin kejarkan sangat dengan harta benda jika hendak dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Tinggi.
Bahkan insan-insan yang tinggi ilmu agamanya dengan jelas dipandang tinggi oleh masyarakat.Tidak pernah hidupnya kesempitan,bahkan sentiasa rezekinya mencurah-curah.
Ilmu menghapus kejahilan,ilmu menggangkat darjat,ilmu juga sebagai cahaya dalam mengharungi kehidupan.
Seorang yang berilmu lebih mulia daripada abid yang tidak berilmu.
Semoga kita semua berazam untuk sentiasa menambah ilmu dan juga amal disamping doa yang berterusan agar mendapat redhaNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan