Jumaat, 4 September 2009

Ramadhan...tapi cepat marah?

Asalamualaikum buat sahabat sekalian.
Alhamdulillah hari ini kita masih berpeluang untuk menyedut udara Allah S.W.T. hari ini merupakan hari ke 15 kita berpuasa. Semoga hati kita semakin bercahaya dengan NUR puasa.

Banyak yang berlaku sepanjang hari ini,dan banyak juga yang saya belajar apabila memerhatikan keadaan yang berlaku didepan mata saya.
Entah mengapa hari ini banyak insan-insan yang bad mood dan asyik hendak marah-marah sahaja. Saya terfikir sejenak bahawa kita semua sedang berpuasa dan sudah tentu kita lebih banyak bersabar dan mudah untuk mengawal emosi,akan tetapi sangkaan saya meleset.

Pengajaran yang saya dapat hari ini ialah kemarahan tidak memerlukan apa-apa modal.Dengan tak semena-mena seseorang boleh marah. Apa yang kita sama-sama perlu sedar ialah kemarahan itu atas kawalan kita sendiri. Fikirkan sejenak apakah kebaikan kita marah itu memberikan kesan positif orang lain atau sekadar menyakitkan hati orang lain. Sesungguhnya Allah S.W.T itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang bersabar...amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan