Sabtu, 12 September 2009

Luluhnya hati

Diantara insan-insan yang tidak akan disentuh oleh api nerakaialah mereka yangpernah menangis kerana takutkan Allah

Bagaimana dengan kita wahai sahabat sekalian?
Pernahkah kita menangis kerana takutkan Allah.
Boleh dikatakan kehidupan diantara kita didunia ini penuh dengan gelak ketawa dan gurauan.Sedangkan kita sebagai orang yang beriman digalakkan untuk sentiasa memperbanyakkan tangisan takutkan kepada Allah.

Dengan tangisan itu kita dapat melembutkan hati
Dengan ketawa hati kita akan menjadi keras

Tangisan yang lahir itu mestilah tangisan dari hati yang luhur. Pembacaan Al-Quran akan lebih memberi kesan jika kita lakukan dengan tangisantakutkan Allah.

Semoga cinta kita kepada Allah semakin menyemarak dan cintakan dunia semakin terhakis dalam diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan