Selasa, 8 September 2009

Kekuatan minda

Pernahkah sahabat sekalain menghadapi situasi yang bertimpa-timpa tidak kira samaada perkara gembira atau perkara sedih? Saya benar-benar yakin saudara semua pernah mengalaminya.
Akan tetapi pernahkah kita terfikir bahawa perkara negatif atau bahasa kasarnya perkara yang malang lebih mudah terjadi jika hendak di bandingkan dengan perkara-perkara positif atau perkara yang menggembirakan.
Samaada percaya atau tidak segalanya adalah bermula daripada minda kita sendiri.
Ok,untuk membuktikannya saudara boleh mulakan hari esok dengan gembira,pergi kerja dengan senyuman,bergelak ketawa bersama rakan sepejabat dan kekalkan emosi gembira tersebut sehingga sampai kerumah.Ingat!walau apa pun yang terjadi saudara perlu senyum dan ketawa sahaja esok hari.Saya yakin saudara semua akan gembira dan happy sahaja pada esok hari.
Akan tetapi cuba mulakan hari berikutnya dengan marah-marah atau dalam englishnya bad mood je esok.Sampai office marah-marah kawan tanpa sebab,saja cari masalah dengan kawan-kawan.Sampailah saudara pulang kerumah,saya yakin dan percaya keseluruhan hari tersebut adalah hari yang paling teruk dalam hidup saudara.
Apa yang saya ingin bawakan disini ialah kawal minda kita supaya kita sentiasa happy dan positif.

Salam kasih sayang buat sahabat semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan