Ahad, 6 September 2009

Kekuatan ibadat

Asalamualaikum sahabat sekalian.

Pernahkah sahabat semua terfikir bahawa kebanyakan ibadah fardhu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T itu membabitkan soal berjemaah contohnya seperti berpuasa di bulan Ramadhan,menunaikan haji di Mekah dan juga menunaikan zakat. Semua ibadat fardhu ini melibatkan beramai-ramai melakukannya.

Pernahkah kita berfikir sejenak mengapa jemaah ini dititik beratkan oleh Allah S.W.T?

Sekiranya ibadah yang kita lakukan itu berseorangan contohnya seperti solat sunat tahajjud ditengah malam,amat susah untuk kita lakukan. Tetapi jika solat tahajjud itu dilakukan secara berjemaah sudah pasti kita dapat lakukan dengan baik sekali.

Begitu besar hikmah yang Allah S.W.T berikan pada kita dengan melakukan sesuatu ibadah itu dengan berjemaah. Semoga kita semakin bersemangat untuk bertaraweh pada malam ini bersama kariah masing-masing.

Salam kasih sayang dari saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan