Selasa, 22 September 2009

Raya yang betu-betul best

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada anda selaku pembaca blog saya yang tidak seberapa ini^_^ raya tahun ini lebih bererti bagi saya kerana berada ditempat yang berbeza dan suasana yang amat berbeza.Alhamdulillah raya tahun ini penuh dengan pengalaman yang manis.

Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita,persoalan yang perlu ditanya pada diri kita ada atau tidak kesan Ramadhan pada hati kita atau pada amalan kita?semoga Ramadhan pada tahun ini membentuk kita menjadi muslim sejati yang sanggup korban apa sahaja demi agama Islam yang suci.

Jangan kita kotori syawal ini dengan pembaziran,dan kehambaan pada hawa nafsu yang sentiasa menggila.Mungkin ada diantara kita yang bersedih kerana kehilangan,jangan ditangisi pemergian mereka akan tetapi curahi mereka dengan bacaan surah al-fatehah.Semoga mereka dalam redha Allah sentiasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan